header nuff

Peribahasa

"pisang sekarang memang berbentuk seakan-akan terung kuning"

Suka Mencarut Juga

Proud Of You


Friday, February 3, 2012

Aduhai Lelaki Lembut

Setiap kali aku pergi pejabat kolej, aku terpaksa tengok muka kau. Kau lah kerani paling aku tak suka. Menyampah pun ada, kau tak tahu setiap kali cakap dengan kau, aku menyumpah-nyumpah kau. Tahu tak kawan-kawan aku bahankan aku kalau kena tegur dengan kau. Kau ni memalukan la. Dasar lelaki lembut.



Hari tu dah complete semester, kena serahkan kunci sebab bilik nak kena bungkus. Alih-alih muka kau juga sambut aku dekat pejabat kolej tu.

Alahai lelaki lembut. Kau tegur aku macam-macam. Bajet peramah lah tu. Kau tak tahu ke orang macam kau ni memang orang tak pernah suka. Buat apa nak belakon baik. Dah la lembut.

Aku layankan saja. Tapi aku tarik muka masam. Tak mahu kau tanya lebih-lebih.

Kau tak tahu, atau mungkin kau buat-buat tak tahu semua orang kutuk kau? Tapi tenang saja aku tengok muka kau. Tak makan saman dah kot. Dah lali lah katakan.

Kau tak tahu, semalam aku balik kolej senyap-senyap. Aku guna duplicate key sebab aku bijak. Tak payah jumpa kau, tak payah kutuk kau, yang penting tak payah bayar sewa bilik.

Bijak-bijak aku pun boleh kantoi. Kunci duplicate aku patah pulak dalam tombol pintu ni. Celaka betul. Esok terpaksa la jumpa kau, kerani lelaki lembut. Menyampah pulak rasanya.

So malam semalam aku terpaksa sendal pintu dengan dumbell je sebelum tidur. Bongok betul.

Bangun dari tidur dekat pukul 9 tadi, baru teringat kena pergi office kolej minta kunci dengan kau. Sampai office, memang muka kau jugak aku jumpa. Hilang mood aku pagi tadi.

Kau tanya aku dah breakfast ke belum. Aku jawab simple je, "hmm".
Kau gelak buat-buat, konon aku kisah lah tu. Tak pulak aku tanya kau balik, dah makan ke belum.

Laju-laju aku tanya, nak mintak kunci bilik, sebab nak sewa kolej cuti semester ni. Kau masuk stor terus, selang 30 saat kau keluar dengan muka manja kau. Kau kata kunci tak ada sebab pihak office kolej tengah buat ambush sebab ada student ceroboh masuk dan tak sewa bilik.

Hati aku dah gelisah. Dah la tak kunci bilik, surat kebenaran menginap waktu cuti pun tak ada. Kalau kantoi sumpah aku tamat pengajian disini saja.

Aku tanya blok mana yang kena ambush? Kau cakap blok 42 dan 43. Blok aku 42, so automatik lah darah aku mula mengalir deras. Jantung berdegup kencang sebab adrenalin dikeluarkan kelenjar pituitari melampaui had normal. Aku pun jadi gelabah.

Kau perasan muka gelabah aku. Kau dapat teka pulak aku curi-curi menginap. Aku terpaksa mengaku jugak lah kan. Aku takut kalau tipu lagi banyak masalah.

Tapi tak sangka pula kau cepat-cepat call orang yang ambush tu suruh diorang batalkan ambush blok aku. Pandai kau buat alasan.

Aku tak faham kenapa kau nak berlakon baik macam ni. Kenapa kau tolong aku? Tak nampak ke aku tak suka kau sangat. Aku geli. Tapi kalau kau nak tolong, bagus lah.

Kau kata kat aku, kau kesiankan orang macam aku. Nanti tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib. Bukan tak pernah jadi kes macam ni. Dah ramai rupanya kau tolong.

Kenapa setelah obviously kau dihina, kau dikutuk, dicemuh depan belakang, diherdik, kau still baik dengan orang? Dan kalau tak dengan pertolongan Allah melalui kau, aku mungkin dibuang universiti dah.

Kerani lelaki lembut, kadang-kadang aku tak perasan kau sekaum dengan aku. Mungkin aku tak tahu sejarah hidup kau, tak pulak aku nak tahu pasal hal peribadi kau.

Tapi mungkin kau dijadikan sebegini untuk mempunyai lebih rasa perikemanusiaan. Mungkin kalau pakcik office atau brader dispatch yang jaga kaunter pagi tadi, mungkin mereka lebih suka aku didenda dari lepaskan aku dari masalah.

Ya Allah, jauhi lah aku dari sifat mazmumah yang suka mencela orang. Sesungguhnya orang yang aku cela tu obviously lebih baik dari aku.

Alahai lelaki lembut. Sesungguhnya perangai kau langsung tak macam budak belakon cerita sutun tu. Entah kenapa syaitan suruh aku kutuk kau jugak.

Maafkan aku Sufian, eh lagi tepat abang Sufian. Maafkan aku sebab panggil kau dengan nama kurang sopan dibelakang kau.

Why hate when we can love. They are human just like you. With feelings. If you find something wrong about others, reflect that to yourself. Maybe you are worst than that.

Aku prejudis, mungkin sebab aku pernah rasa apa yang kau alami.

End!

15 comments:

  1. alahai cita kau ni... buat aku insaf pulak. haha.

    wei, kau kutuk abang aku wei? sufian tu abang aku kot. sampai hati kau... kahkahkah! *buat drama tak berbayar jap.

    ReplyDelete
  2. terima kasih abg sufian itu. peace. hehe

    ReplyDelete
  3. mungkin dia lembut jer tapi tak pondan. baik2 lah ngan dia, mana taw, dari lembut2 tros ada sifat2 kejantanan...hehehe

    ReplyDelete
  4. @eszyamin:aik snyap arini.smiley je?haha

    @anis madoo:sori ah,mane aku tau mamat tu same name ngn abg ko.tapi orang2 sufian ni mulia kot..hehe

    @abdol:dasat la sgt kn.ko menghilang due tige hari dengan blog pon tak leh masok..curious..

    @emy:kan,kalo tak aku dah convo dah skang..xyah pegi kelas dah..

    @cikgu nadia:tu lah,suke sgt judge orng kn..tu le perangai saye..

    ReplyDelete
  5. @eszyamin:aik snyap arini.smiley je?haha

    @anis madoo:sori ah,mane aku tau mamat tu same name ngn abg ko.tapi orang2 sufian ni mulia kot..hehe

    @abdol:dasat la sgt kn.ko menghilang due tige hari dengan blog pon tak leh masok..curious..

    @emy:kan,kalo tak aku dah convo dah skang..xyah pegi kelas dah..

    @cikgu nadia:tu lah,suke sgt judge orng kn..tu le perangai saye..

    ReplyDelete
  6. bagus lah kamu sedar fik. tak baik ngata abam sufian camtu. wlpun dia tahu dia tak mcm lelaki lain, dan akk rasa dia pun tahu ramai org tak suka dia, kutuk dia..tapi tetap baik hati dgn semorang kan.

    ReplyDelete
  7. amboi kau..aku tulis pepanjang nnti kau nganjeng aku ckp aku nk tulis entri bebagai..aku senyum sbb terharu dgn cerita kau..byk benda yg kdg diluar sedar kita..kekurangan itu boleh jd kelebihan, bgitu juga sebaliknya..bg aku lelaki lembut ni aku masih boleh bergaul, tp pondan mmg rasa nk penyepak..sebab lembut dgn pondan adalah entiti yg berbeza..so jalin-jalinkan la ukhuwah ye dgn abg sufian superhero penyelamat kebajingan kau..akhir kalam..ukhuwah fillah abadan abada

    ReplyDelete
  8. hang kutuk suffian,kak comey tuh..HAHA

    :weh serius ah,tak men lar bohong-2,berdosa

    ReplyDelete
  9. tak salah lelaki tu lembut,
    cume jangan jadi pondan sudah.

    ReplyDelete
  10. @eszyamin: haha ni la ko yang aku knal.bkn stakat komen :) je..haha..

    @si ngokngek: memang ngokngek lah kau ni..whaha

    @syafiqakarim:ala,jangan la nk kirim2 salam sangat.haha

    @nurul iman rosman:takde lah die pondan kot..baik orangnye.ramah.tapi tu la,kalo judge from 1st impression memang buruk la sampai bile2 kan.tak knal so tak tau.dah knal baru tau..huhu

    ReplyDelete
  11. WAh ada pengajaran lah cite ni..jangan kutuk lelaki lembut ye..Auwww..Eh! haha..

    ReplyDelete
  12. @meenmessi: ye betol

    @KizZ: bukan kah kau pun mengutuk secara halus tu?haha..

    ReplyDelete

nuff

chup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busukans