header nuff

Peribahasa

"pisang sekarang memang berbentuk seakan-akan terung kuning"

Suka Mencarut Juga

Proud Of You


Wednesday, April 25, 2012

Korek Hidung

Picking nose atau lebih dikenali sebagai korek hidung, merupakan satu tindakan atau budaya yang mulia sejajar dengan pembangunan pesat dalam era globalisasi ke arah pembersihan segenap lubang hidung.

Yang demikian merupakan definisi yang aku faham pasal korek hidung.

Tapi

Most of the lads, girls, lady, perempuan, wanita, kakak-kakak, atau ladyboy, grandma, orang yang korek hidung bermaksud seseorang yang melakukan perkara yang melanggar tabi'e dan penjijik yang harus disumpah seranah  serta direjam berkali-kali dengan buah pala lalu dihantar terus ke neraka jahanam melalui khidmat penghantaran FedEx.

Selalu aku menyorok untuk korek hidung di rumah kalau kakak aku ada. Pantang beliau tengok aku korek hidung. Kalau kantoi, kena cubit. Sakit tahu tak?


Aku tak faham kenapa kau orang semua, especially perempuan, selalu kata aku lah pengotor kalau aku korek hidung. Ok i know picking nose in public is gross, but do I look like I care? Bagi aku, kau yang suka simpan tahi hidung tu lagi pengotor.

Aku akui aku memang gemar korek hidung. Bangun pagi, lepas mandi, lepas solat, sebelum berwudhu, masa driving, waktu malam, masa chat Facebook. Salah?

Lain lah kalau aku korek hidung lepas tu calit kat baju kau. Itu jijik. Tapi aku hanya menggumpal tahi hidung tersebut sejurus selepas keluar dari rongga hidung aku, lalu menggentel tahi tersebut lantas menjentiknya ke seluruh cakerawala.

Kenapa sounds angry ni?

Sebab gambar ini. Lawa je. Tetap anggun dan elegan, and she did it too.


Kawan aku pernah up status facebook beliau. And yes she is a girl. "Keguguran selepas melihat pakcik sebelah kereta mengorek hidung waktu lampu isyarat merah. Pakcik tak ada kerja lain ke selain korek hidung? Euuuu"

Ok First, kau over. Mengandung ke? Second, kau memang tak pernah korek hidung ke? Aku suspek kau mesti sedut tahi hidung tu masuk ke dalam tekak ko kan.

Besides, macam mana nak fokus driving kalau tahi hidung penuh? Agree?

Ok siap satu entry. Wa chalo dulu. Saje je buat kontroversi. Biasanya aku korek hidung waktu berdua-duaan sahaja. Macam dibilik, dalam kereta, dan waktu study group. Wah. Kalau kat kenduri tu aku tak berani lagi lah.

End.

Saturday, April 21, 2012

Kenangan Beraya Zaman Belum Sunat Dulu-dulu

Assalamualaikum.

Apa kejadahan aku nak up story bulan syawal sedangkan puasa ganti pun tak habis lagi? Eh, maksud aku, puasa ganti kau orang la wahai perempuan-perempuan sekalian.

Statistik menunjukkan perempuan lagi ramai lagho dengan blog ini. Wahaha. Sila ganti cepat-cepat ye. Aku saja mahu menganjing supaya kau orang semua ingat nak ganti awal-awal puasa tu.

*******

Dipendekkan cerita, aku mula berkecimpung dalam program mengutip duit raya dari rumah ke rumah sejak darjah 5. Memang agak lewat berbanding kau orang semua. Sebab itu dalam ASB aku baru ada beberapa riban sahaja.

    
Manusia sama seperti sampul duit raya, luaran tak penting, yang penting isi didalamnya.
 
Selalunya rumah yang diserang bukan calang-calang rumah. Sebelum keluar rumah, kami sudah buat rondaan untuk mengetahui rumah mana yang boleh memberi pulangan, yang mana tidak. Dan seharusnya kami mengelak untuk ke rumah ca ya nun alif atau kaf lam ya nga. Ok carut.

Biasanya 10 rumah pertama adalah rumah rakan taulan. Tujuan asal adalah untuk mengalas perut. Tahu kenapa? Sebab waktu beraya nanti dah kenyang, so tak perlu masuk dan makan. Cuma mengutip sampul duit raya sahaja. Genius tak?

Singgah satu rumah besar ni, kami agak kagum dan mula menyimpan angan-angan untuk dapat check mungkin. Ya lah, rumah besar,kereta dekat rumah kau pulak macam dekat mall dah. Berduyun-duyun bersusun depan rumah, mesti lah banyak duit.


Bayangkan rumah sebesar ini. Maafkan puan itu sebab tak menutup auratnya. Tak larat aku nak photoshop buang kau.

Biasanya aku yang jadi mangsa menekan loceng lah sebab aku paling tinggi. Can you believe that? Bayangkanlah betapa renek-renek kawan-kawan aku waktu itu.

Tuan rumah keluar dengan kebaya nyonya jarang dan nampak lah ketiak beliau yang berwarna jingga itu. Bulu ketiak? Dah cukur.

"Adik-adik nak makan ke nak duit raya?"

"Kami dah kenyang, nak duit je lah"

Expectation kami adalah seorang akan dapat satu sampul duit raya beserta duit merah sekeping.

Sebab rumah kecil di sebelah bagi kami RM2. Ketika itu duit RM2 adalah yang paling famous.

Masih ingat lagi betapa kami berdemo sesama kami membantah Bank Negara Malaysia kerana mengeluarkan wang kertas RM1. Hadoi menjejaskan pendapatan sungguh!!

Ce teka berapa duit raya yang orang tu bagi?

Ya betul. Dueposen saja seorang. Itu pun sebab kami berlima, dia bagi sekeping wang seringgit buat kongsi ramai-ramai.

Nasib baik duit minyak dah cover sebab kami memang jalan kaki sahaja.

Tahu tak budak-budak juga mata duitan? Dan sebenarnya budak-budak yang dapat duit raya secara tak langsung mendoakan anda yang bagi duit raya kepada mereka?

"Ee baiknya pakcik tu bagi RM2. Next year serbu lagi lah sebab pakcik tu kaya".

Nampak tak budak-budak doakan kau kaya? Sedekah itu sebenarnya memberi pulangan. Kalau nak aku explain satu-satu memang tak habis. Better kau orang baca buku ini.

Motif ade magazine motortrader?

Jangan lah rasa terbeban kalau budak-budak datang rumah. Sedekah kan benda yang elok. Kau orang pun bukan rajin pergi surau ke masjid kan. Sesekali beramal apa salahnya. Aku pelik kenapa ada sesetengah orang tak suka bagi duit raya kat budak-budak.

Kau tengok budak-budak happy, kau tak happy ke?
Dan doakan lah aku berkesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ini dalam keadaan sebagai seorang pemberi duit raya kepada budak-budak ini. Azam aku tahun ini kalau dapat kerja sebelum raya, aku akan bagi budak-budak duit raya.

Excited nak sambut first raya sebagai pembayar zakat diri sendiri dan pemberi duit raya kat budak-budak. Dan tak lama lagi sebagai pembayar zakat kepada bakal isteri dan anak-anak Inshaallah.

P/S: Dah besar rupanya aku ni. Sila sedar diri yang umur kau tu dah layak jadi bapa budak.

End.


Sunday, April 15, 2012

Bicara Bau Ketiak Menghiris Kalbu

Assalamualaikum.

Teringat lagu Siti Nurhaliza. Kawan aku cakap, mak dia cikgu kepada Tok Ti. Aku tak tahu la kalau dia tipu aku. Anyway seronok karok lagu siti nurhaliza. Lagi-lagi kalau kau orang lelaki. Boleh mencapap, tambahan pula boleh test vokal. Tapi tak perlu lah kepit suara ok. Kau nyanyi lah macam Datuk K nyanyi. Ok dah puas berkias, mari aku kongsikan satu cerita lama.

Masa zaman belum mumayyiz dulu-dulu, terkadang aku rasa sedih dengan kecacatan aku yang aku rasa mungkin kekal ni. Bermacam-macam persoalan bermain difikiran aku.

God why me?

Kenapa aku yang dipilih Allah untuk berbau ketiak? Jatuh saham-saham aku tak kira di Bursa Malaysia atau di New York Stock Exchange. Berair ketiak aku memikirkannya.

Ok kau orang mungkin saja kata Ada aku kisah dengan permasalahan aku ini. Tapi sesungguhnya kalau kau orang dekat dengan aku, memang akan kisah juga la dengan bau itu. Unless kau orang tak ada hidung, maka tak berpeluang lah mem-bau-i ketiak aku itu.

Sekarang baru aku faham kenapa cicak selalu jatuh dari siling kalau aku bukak baju. Hebat tak? Siap mati syahid lagi disitu.

Well.

Kita sebagai orang islam wajib berusaha sebelum menyerah. Nak kata aku tak usaha, dari yang tradisional yang gosok-gosok limau purut kat ketiak, sampai lah gonyoh deodorent, itu semua sudah lumrah bagi aku.

Terdetik juga aku nak cocok botox. Biar mati saraf peluh aku kat ketiak ni. Tapi.. Tapi..

Aku kan artis, mana boleh botox, nanti krew Melodi tanya aku cocok botox kat mana, jenuh la nak sorok cerita ini.

Kalau nak diikutkan, koleksi deodorent aku lagi banyak dari koleksi tudung bawal dalam almari Mariah Carey. Sebab apa aku tahu? Figure yourself.



Terkedu? Actually banyak lagi dekat belakang tu, dekat satu lori ada. Tak muat lah kalau nak masuk dalam blog. Dari jenis roll on, stick, spray mist, yang jenis lap-lap, sampai lah yang serbuk semua aku dah try.

Tak lupa juga pelbagai sponsor cuba merasuah aku dengan produk mereka. Dari Rexona, Nike, Adidas, Nivea, AXE, Once A Week yang tak berapa once a week tu, sampai lah Garnier pun aku try. Semua hampeh.

Teringat zaman duduk asrama dulu-dulu, kalau pakai yang jenis stick tu, punya lah berkerak bahagian ketiak kat baju tu. Nak cuci pun payah. Memang menyukarkan kehidupan aku di asrama.

Paling aku suka jenama AXE. Wangi. Seriously wangi. Tapi tak ada lah sampai ada perempuan bagi nombo tepon ajak berzina ke berkhalwat ke. Iklan deme memang biadab.

Alhamdulillah semua masalah ada penyelesaiannya. Sekarang saya tidak risau lagi.
 
 

Gunalah Smelly-No-More. Dapatkan yang original. Belilah dengan harga borong.

Kemain aku macam RedMummy dah promote barang-barang dalam blog. Artis sangat.

#Entri iklan berbayar. Sila support.

End.

Friday, April 13, 2012

Leukemia El Supadora Menyerang Dalam 2 Saat

Trivia. Tahukah anda leukemia adalah penyakit kanser akibat sel darah putih yang terlebih hangat dari biasa?

Gah tak nama penyakit tu? Kan aku cakap aku memang ada darah doktor dalam diri. Entah macam mana aku sesat dalam bidang lain pun aku tak sure.

Hari ini aku dipertemukan dengan orang-orang yang gagah. Gagah macam mana? Gagah dari segi ketabahan la nok. Mereka-mereka yang dikurniakan penyakit, tapi lebih bersyukur dari aku.

Itu lah definisi gagah dari DonutPisang. Adik-adik dilarang keras dari memasukkan phrases dalam blog ini dalam karangan untuk mengelak dari ditolak markah secara borong.

Seganlah wahai aku dan kamu sekalian, yang tak sudah-sudah merungut pasal masalah hidup sedangkan Allah belum pun lagi hantarkan hadiah-hadiah berupa penyakit kepada kita.

Entah kenapa, hari ini Allah mungkin nak sedarkan aku erti syukur. Hari ini aku nampak banyak orang yang penuh kekurangan dari aku.

Tapi despite all weaknesses that they had, sikit pun tak terpancar riak sedih, atau dukalara asmaradana segala. Malah lagi gembira dari muka Rosmah dan Najib.



Aku nampak seorang kanak-kanak pelik. Tiada seurat rambut pun dikepala. Memang liang roma pun tak ada. Untung lah besar-besar nanti tiada jerawat, bisik aku sambil gelak sinis.

Ada sampai kesitu aku fikir. Potong setim!

Budak tu toleh kat aku, lagi pelik sebab aku nampak tiada seurat bulu pun kat wajah dia. Ada ke seurat bulu?

Anyway, bukan saja tengok budak leukemia, tapi aku nampak seorang lagi pakcik tua bertongkat. Kaki tak cukup sebelah, kena potong mungkin.

Terlebih gula kot, bisik Syaitonirojim kepada aku. Mesti Hyperactive masa kecil-kecil ni.

Kalau nak dilistkan memang banyak lah. Ada yang buasir, ada yang penuh jerawat batu kat muka, ada yang sindrom down, ada yang retarded dan sebagainya. Yang paling best, semua nampak lagi ceria dari aku. Dari yang budak, sampai pakcik kerepot semua senyum tak perlu kata apa-apa.

Paling best, aku jumpa mereka yang Allah sayang ni semua bukan kat hospital ohkayy. Tapi kat masjid. Kenapa mereka yang macam ini pun jauh lagi baik, jauh lagi bagus dari aku? Kalau nak dilistkan, sumpah aku cakap aku lagi handsome, lagi segak bergaya-mutu-keunggulan, lagi bijak pandai, lagi sempurna sifat.

Tapi lack of humbleness. Bongkak takbur riak semua pakej mazmumah semua ada. Apa guna semua tu kalau solat aku sendiri pun tak sempurna lagi, aurat dedah sana sini. Berapa lah distance aku dengan Allah kalau aku ditimpa musibah? Adakah sedekat mereka?

Alhamdulillah, dalam 2 saat melihat leukemic-kid itu, Allah buka balik hati aku untuk ingat Allah. Mari sama-sama jadi muslim yang lebih hangat dari biasa, lebih hot dari biasa, dan lebih muslim dari sebelumnya.

Hidup ni tak lama, dan dalam masa yang singkat ini mari kita sama-sama kumpulkan sebanyak-banyak kebaikan yang boleh. Sebelum langit roboh, sebelum gunung berkecai, sebelum ombak tak lagi sekadar merindu tapi membinasakan.

Sekian tazkirah Jumaat. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p/s: Aku suka orang yang sharing hal agama dekat facebook, bukan sekadar share gambar kau makan tutut frutut dengan berbekalkan muka yang tak seberapa dan mulut semancung itik.


Tegur aku kalau salah, ingatkan aku kalau aku lupa, stopkan aku kalau aku over. Pis.


End.

Thursday, April 12, 2012

Kembar Tak Selalu Cerah

Another form of wordless.

Eh salah peribahasa. Kembar tak selalunya sama.

End.

Laksa Johor de la Rambut Rosmah Mansor

Assalamualaikum.

Sari berita tak penting. Bertemu kembali makhluk sekalian. Harap tiada tsunami hari ini kerana kita bersiaran di tepi pantai nan surut ni. *mood berangan masuk TV*

Sebenarnya semenjak menjadi tetamu undangan Fitri Yahya TV3 yang bermulut longkang dalam siri Seminar Etika Final Year Students Universiti Teknologi Malaysia tempoh hari, aku jadi semangat nak jadi pengacara. Berbakat kah aku?

Kau orang kenal tak Fitri tu? Ni ha orangnya.



Aku tak tahu nama penuh beliau. Pergi google sendiri.

Beliau memang seorang yang selamba dan agak biadab. Tak lah biadab sangat, in fact biadab yang very entertaining kot. Sebab beliau mampu menganjing orang dengan muka yang sangat innocent. Buatkan aku tergelak saja.

Paling win adalah bahasa menganjing sopan tapi makan dalam.

Anyway.

Jadi pengacara rancangan masakan dalam blog DonutPisang pun jadi lah. Untung-untung Astro blogwalking ke sini dan pecat Chef Riz to replace me as one and only hosts dalam MasterChef malaysia.

Aku lagi kuat kencing kot dari Chef Riz tu. Boleh saja aku cakap aku Exec Chef kat Westin Langkawi. Kau mampu?

Ok enough pasal kau mampu kau tak mampu. Berbalik kepada motif entri ini, aku nak kongsi satu lagi resepi khas aku. Ce baca title tu. Berselera tak?

Anyhow, salah satu cara aku nak kenyangkan perut aku adalah melalui makan local cuisine.

Aku tak kenyang lah setakat stuffing italian Domino's, or non-halal chilli's, or african Nando's. Makan dua meja sekalipun, malam sikit lagi mesti stuffing maggi mi. Hantu betul.

So salah satu cara aku mengenyangkan diri, of course lah masak sendiri. Sebab boleh makan banyak. So malam aku frust minggu lepas, aku masak laksa Johor. Celah mana sama dengan Rosmah Mansor tu aku pun tak sure. Bedal saja lah.

Cara-cara buat. Bukan cara-cara makan tau. Hands on la sikit. Takkan tahu makan saja. So let the cooking begins.

1. Beli paste segera laksa johor. Ikut arahan belakang pek paste segera itu.
2. Download gambar rosmah mansor yang paling besar seperti yang tersebar di ruangan google image
3. Celur spegeti, alah, pasta kuning yang panjang-panjang macam rambut rosmah tu.
4. Kalau dah pass langkah 1, for sure lah kuah dah siap. So campur saja dengan langkah 4 tu.
5. Boleh delete gambar rosmah mansur sebab takut hilang mood.


Senang kan?
Aku memang tak suka sangat berkuah banyak. Nanti kembung. Dan kalau berkuah sangat, nanti kau orang tak nampak lah spegati yang macam rambut itu.
 
Semoga tiada lagi kes kebuluran. Lets pro to People-that-have-more-than-enough-to-eat.
Don't be anti-hunger-type-of-person.

End.

Wednesday, April 4, 2012

Wawa Te-teg mengeteg diterteg pengeteg

Assalamualaikum. Geli tak baca tajuk tu? Untuk makluman, sesiapa yang tak sure apa kejadahan entri ini, aku nak habaq sikit.

Ini tagged yang aku dapat dari seorang bloggers tersohor abad lepas. Sebabnya abad ini beliau sibuk dengan urusan Seri Paduka Baginda di Twitterjaya nun.

So untuk menyahut cabaran beliau, let the tagged begin.


1) Buka folder Picture dalam PC anda. Pilih album folder ke 3. Upload gambar ke-7 dalam folder tu.
Dan sila describe mengenai gambar itu. Senang kan? tak payah panjang.


Gambar ketika di South Korea. Sedang menulis hajat mewakili rakan k-pop dan juga rakan lain. Tak sempat tulis untuk diri sendiri. And yes, i write in korean language.

2) Amek gambar beg yang anda bawak pergi kelas/kerja. dan senaraikan barang-barang yang ada di dalam tu.


Beg aku teramat uzur nauzubillah, so aku ambil gambar yang seakan-akan boleh tak? Kandungan dalam beg ini adalah macam student biasa lah.

Kondom, minyak masak, ayam, pinggan, wallet, buku sekolah, kalkulator, charger handphone, kunci motor, botol air, ubat batuk, biskut, jam loceng, ipad2, gergaji dan juga barang kemas.

3) Siapa yang terlintas di fikiran korang skrang?(ye ,saat ini !)

Pamek -  sebab die baru jengah bilik aku
Roomate - sebab die baru balik dalam keadaan berpeluh-peluh
Wawa - sebab mesti la ingat ko, ni kan tagged ko
 Syamin - sebab die chat kat facebook. Blinking tab facebook aku
Eszyamin - cakap pasal syamin teringat eszyamin. Wahaha 

4) Siapa member korang yang kacak/lawa yang single? letak link FB die. (hahaha)

Search Heliza Helmi, tu kawan aku. Cun kan. Setahu aku, dia tak kahwin lagi. So single lah kan?
5) Kalau ada peluang, siapa makhluk bumi ni yang korang nak belanja pergi USS(UniversalStudioSingapore)

Ayat persediaan menjadi artis. Harus la bawa keluarga, rakan bloggers, teman-teman rapat, peminat setia, cikgu-cikgi, polis, askar, tentera, ahli bomba, ahli nujum, menteri-menteri, datok-datin, puan seri tan sri, rosmah serta najib. Ok ini tipu.


Aku teringin nak bawa budak-budak TP22 sebab dah lama janji nak pergi singapore sama-sama. Dekat 4 tahun jugak lah planning kan korang. Tapi hampeh saja.
6) Senaraikan contact name 5 number terakhir dalam phonecontact korang(nama je, no fon tak payah)

wd lalat
wd scha
yik celcom
zakwan
zunnur
7) senaraikan 5 tajuk novel yang paling best pernah korang baca

Diary of a wimpy kids
Mutiara naga
Crayon Shin Chan
Motortrader
Buku panduan mahasiswa UTM
8) Crush pertama korang?

Siput babi. Seriusly tak tipu. Masa aku 5 tahun aku pijak siput babi dan cengkerang tu pecah masuk dalam tapak kaki. Sakit woo.
9)Crush terakhir korang?

Crush terakhir adalah time dekat KFC. Tahu tak yang smoothies yang ape entah tu name die crushies ke hape. Serius tak sedap. Boikot KFC. RFC di Mydin Melaka lagi sedap. 

10) Komen anda tentang orang yang tag anda untuk jawab tag ni.(tidak melebihi 50 muka surat sulit)

Orang yang tag aku ni Wawa. Nurul Wafiyyah Ahmad Puad. Kalo salah maafkan saya. Sebab tak ready lg untuk akad nikah kita. Fuhh. Ok bushid. Tipu je.

Wawa ni kawan lama. Tak lah lama sangat. Dari matrikulasi perak. Kenal sebab satu kelas. She's a proud kelantan product. Berukuran 34-34-35 kot. Aku tak pernah pula ukur. Apa kejadahan nombor-nombor itu pun aku tak tahu.

Wawa memang member yang baik. Gemar beronggeng-ronggeng, berjimba-jimba, seorang yang berdarah artis, suka bersosial kot. Beliau ni boleh dianggap ketua kami la masa dekat kelas dulu. Semua planning harus mendapat mandat dan persetujuan beliau. Hebat tak? Tak ada cop mohor beliau, kerja-kerja konfem tergendala. Segala benda tak jadi kalo bukan dari plan dia ni.

Added info: Beliau seorang pencapap juga rasanya. Wahaha.

Tang ajak keluar tu, antara orang-orang yang dalam list aku mesti ada selit nama dia. Memang pantang diajak melancong ke, keluar lepak ke, memang muka dia je selalu ada. Spoting. Cakap pasal spoting, beliau hebat main sport juga. Tetibe~

Satu benda yang aku perasan pasal wawa ni, dia seorang yang sometimes mood swing juga. Teringat aku masa dia hentak-hentak handphone dia satu ketika dulu. Setakat handphone tu tak heran sangat kan. Beliau pernah campak laptop lagi. Hebat tak? Sumaiyyah sangat, menggoncang dunia mencipta sejarah. Hehe.

Beliau juga seorang pelawak. Masa matrix dulu beliau pernah pergi berak, lepas tu handphone beliau masuk jamban. Dan beliau tabah sebab tak menangis. Dan aku minta maaf sebab tergelak sedas-dua. Wawa, happy belated birthday for last year. Birthday die 28 april sebenarnya. So sempat lah nak wish untuk tahun ini. Aku malu sangat sebab lately aku lupa wish birthday orang-orang yang dulu rapat dengan aku. Dah makin tua ni, memang memori slow sikit.

Itu sahaja review dari saya.

Xie Xie

Dengan terjawabnya tagged ini, aku dapat rasakan korang akan geleng kepala tanda protes kat aku. Kompem tak ada orang nak hulur tagged kat aku dah lepas ni.

Dah habis baca tu, korang pandai-pandai lah buat tag ini ye. To all my beloved followers. Hihi


End.

Monday, April 2, 2012

Jelajah Mencari Donut Pisang

Salam joyah-joyah dan ahmad-ahmad sekalian.

Kurang berkenan pulak aku dengan layout blogspot baru ni. Maklum la aku ni buta IT sikit. Kejutan budaya sekejap, balik-balik lepas bercuti je blogspot bagi aku kezutan ni. Betuah punye blogspot.

Mesti kau orang tertanya-tanya mana aku hilang dua tiga hari ni kan. Blog walking pun tak, balas komen pun tidak. Memang owner donut pisang dah belajar nak biadab ke sekarang ni?

Oh tidak. Jumaat lepas aku pergi bermusafir. Not in terms of tabligh-tabligh thingy ok. Jangan salah faham. Saye owner blog semi-porno, bukan owner blog keagamaan. Harus lah bermusafir lagho-lago gittew.

Siapa dapat teka aku pergi mana weekend ni? Peneka bertuah akan dapat ciuman maut dari aku selama 2 jam setengah tanpa henti. Mampu?



Aku bagi hint lah kat kau orang. Nanti bukan-bukan jawapan yang aku dapat. Haha..

Klu nye port, jeram, 1 Malaysia. Mampu teka?

Ok sekian short updates untuk hari ini. Pelepas rindu katanya untuk kau orang yang ternanti-nanti donut pisang terhapdate. Artis sangat. Pfftt. Hehe

Kepada Wawa jangan sedih-sedih. Tagged kau aku buat minggu ni. Bubye.

End.

nuff

chup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busukans