header nuff

Peribahasa

"pisang sekarang memang berbentuk seakan-akan terung kuning"

Suka Mencarut Juga

Proud Of You


Sunday, October 28, 2012

Kepada Yang Merindu

Assalamualaikum.

Banyak yang nak diupdate sebenarnya. Tapi kekangan internet yang aku rasakan tak berapa nak cekap ni membuatkan aku macam cacat kejap tak boleh nak blogging.

Anyway, aku hidup lagi. Just short update je. Cuba teka gambar ni kat mana.


Klu: Bukan kat Jerusalam mahupun kat Athens ok. Tetiba Athens pulak.

Anyway abaikan gigi depan aku yang makin tersembul tu.

Till we met again. Adios

Saturday, September 8, 2012

Update Raya. Boleh lagi ke?

Assalamualaikum.

Orang dah bungkus baju raya masuk dalam kotak, dah habis stok kuih raya, duit raya pun dah habis masuk ASB, aku sorang je yang baru nak update raya kan. Bertuah.

Well, short update sebenarnya, and I assume you guys don't bother pun sebab dah lama aku menghilang kan? Bukan aku sengaja weh, I do love blogging, especially kalau thinking kat kawan-kawan blog yang dah lama menyembang pot pet dekat blog aku ni kan. Uols memang letop habaq hang.

Nak tahu kenapa aku lama menghilang? Hmm, how can I explain this nicely ye?

Ok let say, kau orang dah lama kerja, atau dah lama belajar kan. Tiba-tiba dapat cuti. Seronok tak? This is the only thing that actually stalling me from doing works. I enjoyed holiday too much, thats why la, sampai nak klik LIKE kat facebook pun berat, ini kan nak update blog.

Well, raya aku bukanlah the happiest. Tahun ini sedikit pelik, walaupun semua adik beradik ada, tapi tahun ni tak ada pun salam-salam cium-cium kiss-kiss muah-muah sorry-sorry. Sebab tu raya first tak dapat pun duit raya.

Enough with that, tadi kata short update kan. So meet my family everyone!
Tahun depan tambah dua lagi. Currently dalam perut sekarang.

Orang ramai selalu tanya aku, macam mana aku boleh hemsem kiut miut macam sekarang.
Well, tengok anak-anak buah aku la weh. Aren't they the cutest, cuddly, naive little thing?


Haha. Not so much!






Talking about duit raya pulak, kome dapat berape? Teman sikit je.

Ada la sikit berbungkus-bungkus jugak duit raya aku. Mahu lihat isinya?

Macam menang sejuta money drop tak?


Ok have a blast raya everyone. Selamat hari raya maaf zahir batin.

End.



Tuesday, August 14, 2012

Last Post About Najib

Baru selang berapa hari aku tobat tak mau cerita pasal Najib pujaan hatiku, sekali abang Najib sendiri yang muncul. Korang jangan terkejut, aku dapat surat dari Najib. Aku pun terkejut mana dia tau alamat aku. Mesti dia stalk blog ni.

Eh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum.

Bagi rakyat malaysia yang sudah mumayyiz dan layak mengundi, seharusnya anda mesti dah dapat surat jemputan bang Najib pasal nak collaborate dengan beliau membina masa depan Malaysia yang kita impikan.

Tak percaya?

 Mampukah Bang Najib serahkan tampuk pemerintahan ini half-half kepada saya? Oh sweet sangat berkolaborasi.
Bagi yang berangan nak datang beraya tu, aku tak tinggal kat alamat tersebut. Harap maklum.

Honestly aku tak kenal pun calon yang dipertandingkan di kawasan aku mengundi tu. Harap tak menyukarkan aku untuk pilih sapa yang layak diundi.

Well, aku tak pandai sangat politik. Aku tak reti nak mengundi-mengundi ni. Dah ini pun kali pertama aku bakal mengundi, dapat pulak invitation bang Najib lagi bertambah la berkobar-kobar nak mengundi.

Eh, tak sedar pulak dah start berkempen ye sekarang? Ke belum lagi? bang Najib excited ni. Anyway, aku harap yang terbaik untuk negara.

End.

Saturday, August 11, 2012

Johari Pain Is In Excruciating Pain

Oleh sebab Malaysian sudah sedia maklum, aku malas nak komen panjang lah. Siapa tak kenal Johari Pain boleh sama-sama daftar untuk jumpa tok mudim ok.
 
Bagi yang sudah berhenti kegiatan mengumpat, bergosip dibulan puasa sudah tentu tak tahu kan. So baca la print screen bawah ni ha.

Kepada Johari Pain, mohon segera buang kote berserta buah pegaga dua butir tu terus. Jangan ada Johari Pain junior lepas ni. Kah kah kah.

Below is the screen shot from the twitter timeline kot. Entah dari mana, aku cedok kat google je. Beliau telah pun memohon maaf dan aku rasa Alhamdulillah hidayah telah segera diturunkan kepada beliau sebelum proses kasi-mengasi kote beliau dijalankan.

Its a good thing la actually, to be brave and stand up for yourself and actually apologize for his own mistake. Dari dia cabut, delete semua social account and hiding like a puss, eh no carut please. Like a chicken, at least dia clear up. Tetiba aku teringat pasal nokharom bernama Rafiqin Darwisy.

Ye lah kan, cakap senang, nak gantung diri ke, nak potong jari ke, nak masak daging sendiri ke, nak buang penis ke. Tapi bila dah terpaksa buat memang takut lah kan. Buat Johari Pain, satu je pesanan yang mampu aku bagi. Ah lantak lah kau. Berani buat berani tanggung. Kau ingat aku nak bagi kata-kata hikmah kat sini? Please.

Sdangkan nabi boleh ampunkan umat, takkanlaa manusia biasa tdak boleh memaafkan orang lain..saya sedeylaa....:(

The thing is, aku rasa memang kau patut memohon maaf kat Pandalela. Kau ingat senang ke nak menang pingat? Sekadar layak wakili malaysia pun aku rasa itu pencapaian besar dah bagi seorang atlet. Kau mampu?

Kenapa manusia itu nampak keburukan dari kebaikan orang lain?

Statement artis kantoi sangat kan. Malas nak komen part ni.

Ok mohon aku, rakan facebook, rakan twitter dan rakan blog dijauhkan dari malapetaka seperti yang menimpa raja kerat ini.

Kepada Najib dan isteri yang selalu menerima gurauan kurang sopan saya, jangan marah ye. Nanti cepat tua. Hehe. Ok no more najib after this. Promise. So everyone, let's publish only good stuff!

End.

Friday, August 3, 2012

Review Lagu Tema Kemerdekaan ke 55

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni, naluri aku makin membuak-buak nak review sana review sini. Tahniah Rais Yatim sebab lagu ini jadi review pertama blog DonutPisang. Slow clap everyone!

Seriously aku tak sangka beliau berbakat. Tapi aku yakin bukan beliau dalang sebenar lagu ni. Anyway, aku seriously tak boleh brain myself tatkala membaca bait-bait lirik beliau. Aku tak tahu macam mana lenggok-lenggok nak nyanyi lagu tu. Kalau ada yang kata lagu tu puitis sangat sampai layak masuk juara lagu, bagi aku, lagu ni boleh dicalonkan ke Grammy terus kot.

Sesudah aku klik video tu dekat Youtube, seriously terkejut mak dengar alahai bersemangatnya lagu kemerdekaan tahun ni. Tahniah sekali lagi Rais Yatim. Meh kita sama-sama rungkaikan lirik lagu yang melatops latops ini.

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari


Wow wow wow. What's that? Macam malam ikut siang? bulan? Matahari? Malam ikut siang? Hey sangat racist hockay! You better be color blind Mr. Rais. Ada beza-beza warna pulak kan. And bulan matahari. Adakah maksudnya kami yang dianggap begitu kecil (bulan) kena ikut kepala dan rambut besar (Matahari)? Very Illuminati-ish. Haha.

Move on to the next verses.

Satu Malaysia terus berjuang
Janji kita ditepati
Kata kita dikota
Janji kita ditepati

Adakah Encik Rais nak cakap lepas satu malaysia berjuang menuntut hak-hak and royalty whatsoever, baru janji itu ditepati? Kalau tak terus berjuang, duit-duit dan janji yang dituntut tu pergi ke mana? Gitu kekdahnya? Perlu ke Encik Rais perli-perli kerajaan macam ni? I like.

hidup rakyat dibela
masa depan diberkati
janji sudah ditepati
kini masa balas budi

Part last tu yang aku kurang berkenan sikit. Kempen sangat kan?

Janji siapa?Janji kita
Janji apa? Janji satu Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji satu Malaysia

Ok ini bosan. Scroll down fast fast!

 #ulang

rap

ini janji kita brim 1malaysia
ini janji satu malaysia
trima 1malaysia
kata kita dikota klinik 1malaysia
janji kita ditepati kedai 1malaysia

Setahu aku lah, before kedai 1malaysia tu ditubuhkan, uols tak sedar ke kita boleh sewenang-wenangnya beli barang-barang tu dekat Mydin? Quality was and still the same. Cuma logo je tukar dan kurang sikit comercial value sebab packaging dull semacam. Hehe.

Klinik 1malaysia is ok. Sangat bagus. must admit it. Tapi aku rasa tu tugas kerajaan la kan nak sediakan kemudahan and all. Kejadahnya nak kini masa balas budi bagai? Bukan rakyat baru semalam start bayar cukai. Hmm thinking~

And BR1M, baucar buku, TR1MA semua tu bagus, tapi aku percaya itu duit dari sumber negara kan, bukan menteri-menteri pakat gadai emas, berlian, lembu-lembu, rumah banglo, kapal selam segala just to contribute for this program kan. Kalau aku salah tolong maafkan. Maybe someone din give me the memo. Wasn't realize Kezuhudan kerajaan Malaysia.

Aku rasa kerajaan tak perlu lah nak takut, sampai terpaksa nak beli rakyat sangat. Kalau uols ditempat yang baik, benar dan sentiasa amanah, tak perlu kot tukar hari merdeka jadi hari berkempen. Overall, lagu ni bagi aku, jatuh hukum sebagai lagu paling pungkoq.

Perlukah aku komen pasal logo merdeka yang authentic tu? Tak perlu kot.

Aku sedih lah, dulu lagu merdeka sampai boleh terasa nak hafal. Boleh rasa excitednya nak sambut merdeka. Sekarang, bukan TV pun kempen, bukak radio pun kempen, entah-entah sambutan raya pun all about kempen. Bosan.

 
 
Tiba-tiba teringat lagu ni. Jauh lagi patriotik dari lagu yang latest ni. At least, lagu pelancongan tok ti ni jauh lagi membuatkan aku sayang malaysia. Layan kot.

I am not at anyone's side ye. Thank you.

End.





Friday, July 27, 2012

Punca Graduan Menganggur

Assalamualaikum dan salam ramadhan.


Lama betui menyepi nah. Bukan pa, kepala otak cek serabut sekarang ni. Tengok, pemilihan loghat pun dah tak berapa nak betui.

I think i better start to bugging you in english, might as well helps me improvise my english. Oh my english sangat. Pihak Astro boleh lah hire aku untuk watak baru. Mampu? Manglish lah senang, ok?

Ok disebabkan semua setuju untuk gunakan manglish, maka dengan ini, aku akan start memanglishkan language dalam blog ini. Kalau tak setuju pun tak apa. Bak kata Najib, tema hari kebangsaan tu hak kerajaan (Hak dia dan isteri). So same goes here.

Let me share my experience in job hunting. Actually dah lama hunting. Semenjak nak apply for internship ni memang dah terasa the hardship to penetrate the job world. Ingat senang ke orang nak hire uols? Zaman sekarang ni, you better work harder to polish your skills rather than your result slips. Trust me, orang yang suam-suam kuku dah pun dihire oleh Schlumberger. Dah aman dah kerja kat middle east uols. Gaji? RM18000 per month. Mampu?

It's all regarding the vastly excellent soft skills. (Mama meen mesti marah sebab english caca merba. Oh My English). Nevertheless, jangan tak tahu soft skills tu bukan skill kau terlentok-lentok terkepit-kepit menari zapin ke apa, tapi skill bercakap, skill negotiations, skill convincing, skill bluffing and all.

Most of my mates yang dah officially graduated, semua mengadu cakap jobstreet tipu la, cakap jobstreet tak guna la, tak boleh pakai la. Asyik dapat email notification yang post tu dah ended la, dah ada orang success la. Anyway good luck lah kau orang semua.

Paling aku menyampah sekali kalau nak apply tu, requirement dia punya lah tinggi. Gaji kalau tinggi tak apa la jugak. The posts are somehow kinda like this.





Tengok tu. Encourage fresh grad to apply tapi nak bersaing dengan orang yang experienced. And you expect us to be excel in everything. Know everything, when you know we do not learn everything in school. Don't you experienced university life? Kau belajar semua ke kat universiti dulu?

Pernah sekali ada company ni phone-interviewed aku. Gaya macam dah confirm. Lepas tu ajak datang plant untuk interview. Lepas tu call balik, cakap manager line tak mau aku sebab dia nak someone yang familiar dengan some software tu. Anggap tak ada rezeki je lah. Tapi kalau nak orang yang tahu software tu, aku rasa semua fresh graduate tak tahu kot. So good luck la hire someone expert. Kami fresh grads ni memang tak layak la macam tu. Sepatutnya tolong lah kami freshie yang comel momel ni menimba ilmu, bukankah itu amalan mulia.

Lagi satu, kalau aku tengok iklan macam ni, memang takkan apply.

Kadang-kadang tu, ada yang menerapkan nilai-nilai racist yang menebal dalam iklan. Dah tentu-tentu lah kena pulau, kena kutuk dalam bahasa yang kau tak paham, kena caci, jadi macai. Dan sudah tentu lah takkan ada peluang nak solat Jumaat. Mungkin kena potong gaji kalau nak solat. Mampu kerja begitu? Dan tentulah gaji slightly different dari orang lain. Mungkinlah.

Anyway, for those yang sekarang heavily seeking for any job opportunity, I wish the best of luck to you. Padahal sendiri pun terkapai-kapai ku kelemasan bak kata Pak sudir. Yang penting, yakin lah setiap yang bernyawa tu dah ditentukan rezeki untuknya. Just the matter of time je.

Kalau yang menganggur tu, boleh lah positif sikit dan anggap kemengangguran ini adalah suatu nikmat cuti kepada kita. Nanti dah kerja mampu pulak kau nak bangun pukul 2 petang, bercuti sebulan, huhahuha dengan member macam jin.

Take it easy. Pointer tak menjamin apa-apa. Trust yourself ans most importantly trust Allah.

Siapa yang yakin bahawa pointer tinggi yang akan menjamin masa depan yang cerah, imannya telah rosak.

End.

Tuesday, July 24, 2012

Kembalikan Keindahan

Shot by Nikon D3200. Tak lawa pun. Jangan beli lah. nampak sangat structure kuala lumpur ni tak tersusun kan

Nothing to see here, you can move on. Cuma mahu buat come back sahaja. Hai uols lame tak jumpa.


Monday, June 11, 2012

A Mom Can Sense

Assalamualaikum. Sebelum aku start memulaskan perut korang semua dengan english aku, baik aku stop.

Esok ada paper, elok je aku update blog kan. Harap lecturer tengok usaha gigih aku dan mengurniakan darjah kebesaran dalam markah paper final aku nanti.

Sebelum aku menipu, elok lah aku claim yang cerita ni memang cerita pasal aku. Aku ingat nak reka cerita dongeng, tapi kisah ni terlalu tak dongeng untuk diceritakan.

Well, this is my mom. I believe every mom in the world, was installed with this very precise detection sensor.(should i type mother ke?)

Ok lah, mother lebih sopans dan santuns kan?

Lately, mak aku kerap call aku. Alasan yang digunapakai adalah semata-mata nak habiskan kredit beliau yang beliau topap RM3 setiap minggu tu. Tapi aku sense niat mak aku bukan nak bazir kredit, tapi untuk spy on something. Mother oh mother. Fishy sangat.

Benda yang dia selalu tanya ofcourse la dah makan ke belum. I wonder why.





Tengok, kalau aku tipu pun memang puan beliau boleh sense. Mak-mak sangat.

Kan bagus kalau dia SMS macam ni je.

Sungguhpun parent aku bukan taukeh minyak petrol, minyak lintah mahupun minyak dagu, tapi serius aku boleh layan diri macam seorang anak tunggal dan minta duit macam ah long. Tapi sumpah aku segan.

Mak boleh tak jangan tanya "duit ade?".

Why not transfer je duit tu. Hihi.

Wajaq hang. Anyway aku tahu parent aku boleh sense yang aku sedang sesak sekarang ni. Tapi, guna je la duit syiling tu sampai habis.

Siapa kesian dengan aku bolehlah salurkan sumbangan derma kilat ke akaun peribadi aku. Boleh juga sebarkan difesbuk. Wahaha.

Sebenarnya rindu nak update blog dan melukis je. Aku kan financial freedom. Isu tak cukup duit ni isu budak-budak yang tak mau bayar duit PTPTN je.

Berjaya tak aku tipu korang? Hihi.

End.

Saturday, June 2, 2012

Donut Pisang Tutup Kedai?

Assalamualaikum.

Nothing much to update actually, cuma mahu bermonolog-in-blog-kind-of-situation kejap. Alhamdulillah, baru kejap tadi aku dapat curi masa mengonlinekan diri setelah hampir dua minggu sekatan internet dijalankan. Geram betul aku, dah bayar fees internet pun still kena curfew. Apa kau ingat online tu untuk tengok facebook je ke? Facebook? Najwa latif sangat.

Haih, negative attraction betul sekarang ni. Dengan projek yang tak siap-siap tu, dengan masalah yang tak pernah stop menyusahkan aku, dengan lecturer yang pakat bagi deadline assignment hari sama. Cantik sungguh.

Kadang-kadang aku rasa nak give up study life, nak tinggalkan je, lepas tu repeat satu semester lagi. Tak ke itu kerja gila? Tapi yes, kadang-kadang aku rasa macam tu.

Nevertheless, bila aku fikir balik, why not aku pulun je, sikit je lagi. Nak rehat buat apa pun, lepas final paper 19 jun nanti, confirm aku jadi anak teruna penganggur yang tak tahu nak buat apa kat rumah. Tidur pukul 4, bangun pukul 4, and the life goes.

Confirm time tu aku rindu situation nak study kan. Mesti aku rindu nak carut kawan-kawan aku, mesti aku akan terdetik jugak rindu kat kawan-kawan kelas aku yang aku hadap 4 tahun ni.

Can you believe that? 4 years dah?

Anyway,
So tunggu lah aku buka kedai 24jam lepas tarikh aku officially jadi penganggur.

For now, lets pray for whatever we currently doing, we do it the best. Never loose hope.

Kalau tak larat nak tanggung, pergi kat dapur, check kat kitchen cabinet tu, cari tali rafia atau tali yang gagah nak support berat korang, lepas tu gantung diri kat kipas. Fullstop.

So akhir kata,

Don't stop when you tired, stops when you finish!

End.

Sunday, May 13, 2012

Sambutan Hari Ibu Itu Haram. Fullstop.

Semua orang ada pandangan masing-masing dengan majlis sambutan hari ibu ni. Semalam aku tengok penjelasan Ustaz kegemaran semua di YouTube berkaitan isu sambut menyambut perayaan kapior laknatullah ni.

Beberapa hari lepas pula aku tinjau blog seorang yang bukan Ustaz katanya. Compared this two, i found that one of them talk with solid proof, the other one talks like he knows nothing but shit.

Kenapa sambutan hari ibu haram? Yang haram bukan mengingati ibu kau orang, tapi perayaan Mother's Day itu diambil dari perayaan kafir quraisy zaman abasiah semasa era kegelapan pemerintahan najib.

Wooo wooo. Slow down. Aku tahu aku dah lama tak bahan najib. Real fact please fik. Don't play-play.

Ok fain, aku serius. Sambutan hari ibu adalah berasal dari perayaan Mother's Day oleh orang kristian. Sambutan pada setiap ahad minggu kedua bulan mei. Kenapa AHAD ye kawan-kawan? Ya pandai. Sebab dalam Islam, hari mulia kita adalah hari jumaat, kristian punya hari adalah hari ahad. Betulkan aku kalau salah.

And Mother disini merujuk kepada perempuan yang paling tha top, tha bom, tha vast, letop dan kerlas kau maria dalam gereja, atau yang terdahulu referred as Virgin Mary, atau Siti Mariam. Aku quote dari UAI ye,

"Mother's Day adalah hari Mother of Church. Diberi kuasa terbesar dalam gereja dan diberi kehormatan kepada seorang perempuan, yakni Mother of Church yang diambil dari Virgin Mary (Siti Mariam). Setiap minggu kedua bulan Mei disambut perayaan ini setahun sekali."

Kejadian ni masa sekitar zaman gelap. During 1600M kot. And then pada zaman pertengahan, probably 1862, UAI tak sure tapi die sure abad ke 19, gereja minta supaya gereja seluruh dunia ishtihar perayaan ini sebagai perayaan dalam kristian. Bold lagi uols.

Nampak tak part syirik dan dosa besar tu kat mana? Sambutan tu yang haram sebab bukan kita punya. Nevertheless, ingat ibu tak salah, tapi sambut perayaan kafir tu memang salah.

Orang buddha takkan sambut raya haji sebab tu bukan perayaan diorang. Orang Hindu takkan sambut perayaan christmas sebab bukan perayaan diorang. Orang Athies pun takkan sambut hari gawai, sebab bukan diorang punya. Diorang sambut apa pun aku tak tahu. Hari pekerja mungkin.

Tapi Melayu sahaja haprak kata UAI, sibuk nak sambut semua perayaan. Sambutan Perayaan Pesta Air kat Thailand pun Malaysia sambut kat certain tempat, padahal tu perayaan buddha.

So bagi ibu-ibu yang menanti ahad minggu kedua setiap bulan mei, sila jangan sedih. Sebab dalam islam dianjurkan untuk mengingati kaum-kaum ibu ni sentiasa. So tak perlu la tunggu Mother's Day baru nak sambut. Tak perlu jadi kafir ye korang sekalian.

Didiklah anak-anak mengingati anda sentiasa, bukan setahun sekali. Kalau dah biasa amalkan setahun sekali je, nanti setahun sekali lah diorang jenguk kau.

*******

So untuk mum aku, amancik selalu ingat mak. Thank you for the way you raise me, dari sebesar gabungan dua neukleus sperma dan ovum, menjadi sebesar segumpal darah, dan akhirnya selamat dilahirkan sebesar tapak tangan, dan akhirnya jadi sebesar ini. Menjaga kandungan 23 tahun lepas tu dengan penuh hati-hati supaya kandungan itu menjadi seorang manusia berguna satu hari nanti, dan menyiapkan thesis dan Final Year projeknya tanpa perlu extend setahun dalam pengajian sarjana mudanya. Yang dahulu penamparmu mampu memenuhi segenap punggung anak itu, dan sehingga sekarang telah menjadi normal-hug able-size person.

Forgive me for everything, especially the jarang call rumah part. I wanted to but im afraid i'm going to cry like pussy. But, I love you more than the guts i have to say it to you. Oh how i wish you read my blog. But if you do, please don't scroll down and read everything. Just this part. LOL.

Tiba-tiba macam dah nak raya pula. Tiap-tiap minggu balik rumah tak pernah peluk cium mak pun. Hampeh punya anak.

End.

nuff

chup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busukans