header nuff

Peribahasa

"pisang sekarang memang berbentuk seakan-akan terung kuning"

Suka Mencarut Juga

Proud Of You


Wednesday, February 1, 2012

Cucu Biadap Kesayangan Nenek

Sunyi tenggelam, terlantar dalam TELANJANG.
Dipintu rindu hidup dan mati,
Disisiku.
Tercaps lock pulak telanjang itu. Motif?

Disclaimer: You dont have to read all as this might drag you to the boringville

Malam ni wa rase nak berombak rindu boleh tak?


Nak tanya siape ade nenek lagi? Tahniah bagi yang masih ada nenek, dengan harapan bahawa kalau korang jenis cucu yang perangai setan boleh lah mengambil pengajaran dari sini.

Nenek aku dah kembali ke rahmatullah last year. Dekat google, gambar kat atas tu gambar paling mirip yang boleh buat aku picture nenek aku. Aku tak tahu lah kalau orang dalam gambar ni pun dah join nenek aku ke alam kubur ke tak.

Nenek orang kelantan, dia memang payah nak menyebut nama modern. Jadi semua cucu die dapat nickname sendiri mengikut kesenangan lidah die menyebut.

She called me Atan. Enough people called me Atan Botak which is so annoying, and yes i hated nenek for that.
Nenek was super annoying kind of person. She is the mother of nagging. She love nagging.

What else? Oh ya, nenek suka mengadu kat ayah pasal perangai setan aku. Thanks nenek, sebab nenek lah aku banyak kena rotan masa kecik. I hate her for that too.

Kadang-kadang nenek aku stay dengan family kitorang, sometimes with my uncle. Kami tak pernah balik kampung nenek, sebab duduk sebumbung kan. Rumah tu kampung bagi aku.

Kalau nenek ada lagi sekarang, umur dia probably 82. No one knows when she actually born. Surat beranak takde, IC pun macam fake.

As she getting older and older, ada lah simptom-simptom orang tua mengada-ngada. Orang keluar pegi jalan-jalan pun nak ikut, tak boleh tinggal kat rumah. Bawak bejalan pulak merengek nak balik.

Jalan sikit tak larat. Lembik lutut katanya. Kite yang muda memang tak rasa benda tu. Biasanya aku ignore je perangai nenek.

Aku tak pernah tahu nenek ada penyakit. Nampak sihat tapi sebenarnya hidup mungkin penuh bisa. Tangan sakit gout, darah tinggi, kencing manis. Semua penyakit lah. Tapi aku tak pernah nak peduli pun.

Acap kali nenek suruh aku urut, kadang aku urut, kadang aku marah.
Acap kali nenek complain jangan lompat-lompat, pening katanya. Budak nakal kan,makin ditegur makin aku lompat. Sampai sakit kepala nenek overload tahap dia tak boleh say STOP dah.
Tapi aku tak faham. Aku ingat itu mengada-ngada.

Nenek aku seorang yang win, sebab pernah dikejar anjing time beli gula-gula Sugus untuk aku.
**** 

Few years back before she passed away, things got changed.

Aku yang dulu tak berapa suka nenek, tiba-tiba jadi rapat. Adik beradik aku yang lain semua sekolah asrama dari form 1. Must say aku yang paling rapat dengan nenek aku. Ye lah, i was the only one at home.

Ye lah kan, dah takda geng, kena la team up dengan nenek. At least tak lah aku cakap dengan kucing, dinding, cicak, pokok atau kipas.

****


She died when she was 81. Slowly. Time tu nenek tinggal dengan pakcik kat KL.

Meninggal bukan sebab penyakit, tapi jatuh tangga pukul 5 sebab bangun nak ambil air sembahyang. Mungkin seruan malaikat didengari macam azan bagi dia kot. Nenek aku memang alarm clock. Sebelum subuh mesti dia kejut semua.

Junaman bak atlet penerjun, hentakan mengenai kepala sekuat 3 skala richter. As result, tengkorak retak, otak bengkak, tulang shoulder patah. Hilang darah banyak, more than you could imagine.

Lantai penuh darah nenek. Then hospitalized kat hospital Ampang. Sampai sana, dah lemah. Nadi dah takda sampai terpaksa buat CPR and all that shit. Shit sebab tulang rusuk nenek aku patah dikerjakan orang yang buat CPR tu.

Koma 6 hari. Nampak tak walaupun dah hilang nadi, nenek aku still kuat jugak. Maybe hajat last beliau nak jumpa everyone before Allah say thats it.

Hari keenam koma, aku on the way balik KL dari skudai nak jenguk dia kat hospital Ampang. Rupanya perjalanan aku tu untuk hadiri tahlil arwah dia.

Terkilan sebab tak sempat mandikan, solatkan, dan kebumikan dia.

Serious aku cakap aku segan dengan kawan-kawan sebab nenek aku bukan terpelajar. Tapi sekarang aku dying untuk jumpa die lagi, rindu peluk dia, rindu cium dia. Hampir sepanjang hayat aku habiskan untuk menyampah dengan dia. Cakap sekarang tak guna lagi dah.

Nenek, sorry sebab kuang ajaq slama ni. I am regret for not be there when you need me the most. I miss your smell more than anything you left for us. Thanks for everything.

Thanks for the nagging, you made me a human.

Semua orang akan meninggal. Sempat-sempatkan lah minta maaf. Sempat-sempatkan lah untuk sayang orang disekeliling korang. Show to them.

Aku pelik kenapa walaupun banyak kali aku doa untuk jumpa nenek dalam mimpi, tapi still tak makbul-makbul. Mungkin aku bukan orang yang nenek aku nak jumpa kot.

Everytime aku teringat lagu Rendang Tak Berbuah, aku teringat nenek, aku menangis. Tengok gula-gula sugus, aku nangis. Bodoh betul.

End!
Told you already, you dont have to read all.

7 comments:

  1. sedih weh.sumpah sedih.
    tu dia..pangai hg pon kalah setan pasaipa..hmm.xpa.benda da jadi.

    hg doa kan tuk nek hg ja.mungkin doa hg belum di makbulkan dan teruskan berdoa.hg phm dak ni?ok.baguih.

    last,al-fatihah buat nek hg.

    ReplyDelete
  2. hingus aku meleleh menyaksikan pangai setan hang..tp serius..ko ni ada jiwa jugak kan..entri trbaik setakat ni..actually entri ko sume best cuma yg ni best of the best..bro i think u r super lucky coz nenek still alive when u already grew up..but me? my nenek r pass away since im at 4..but im still remember my memory with her under the cocoa tree which is the first and the last word that i communicate with her is "nenek yang ni dah busuk" (sambil merujuk buah koko yg aku pegang)..bila dh besar ni my mom tell me that,nenek sgt seronok sbb aku akhirnya mahu bercakap dgn dier time tu..kalau ko nk tau aku ni kera sumbang dgn sape2 pon sejak dr kecik..even dgn nenek..aku sgt nyesal sbb x sembang byk2 dgn nenek walaupon aku tau aku masih kecik sgt time tu..ko nak buat aku nangis la dini2hari cmni..semoga nenek kita ditempatkan bersama org2 beriman..

    ReplyDelete
  3. @syafiqakarim:thnx for supporting,actly aku tak lah setan mcm dalam cerita tu,cuma lg worst.tak tau macam mana nak gambarkan dengan perkataan.beyond weh..

    ReplyDelete
  4. @sherson lian: ang memang kera sumbang.aku tau tu.wahaha..tu dia, orang suro komen,ko buat entri pulak kt situ.thnx weh.aku bukan la orang puisi cam ko, so aku berceloteh melalui medium santai n lucah kadang-kadang. kalau nak puisi cam ko tu, agaknye lagi mencurah2 kot orang baca.kot2 siap pegi taubat nasuha sekali.anyway,smoga nenek kite ditempatkan dalam kalangan orang beriman. aku sebagai cucu setan n ko cucu kera sumbang, better hadiahkan hadiah yang paling bermakna untuk orang2 yang dah pergi. hopefully mudah hadapi soalan2 dalam kubur.

    ReplyDelete
  5. entri?? hahah...yelah..aku ni sgt hargai org2 macam kau..yang sentiasa menerjah entri aku satu persatu even bnda tu dah lapok pastu siap komen2 yg sgt mnjawab pulak tu..emrhh tula pasal, ko ni sebenarnye berjiwa halus..apa kata kau wujudkan entri yg meleleh hingus ni sebulan 2, 3 kali ke kan? puitis? oh tidak..aku bukan kot..aku cuma suka express je apa yg aku rasa..aku bukan mat jiwang, bunga2an cmtu..seriusly..

    ReplyDelete
  6. sedih. betul.
    takpalah, kamu pun dah insaf kan.. teruskan dan perbykkan doa utk nenek di sana.

    Alfatihah

    ReplyDelete
  7. im touched. well written. dont worry, u r a good grandson. insyaAllah kau akan jumpa juga arwah nanti.

    Al-Fatihah~

    ReplyDelete

nuff

chup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busukans