Bagi yang gatal tangan berkudis sebab rajin sangat tapi tak tahu nak update apa dekat blog, boleh lah join contest yang agak lumayan ni. Bukan senang nak menang, tapi so far baru ada 2 contestant yang berani sahut cabaran. Anda bile lagi?
Sebab kering idea nak update hari ni, so aku saje lah nak promote contest blogger yang aku lame dah follow ni.
Syarat kelayakan, syarat sah, syarat wajib semua ada kat situ.
Pertandingan esei ini terbuka dekat follower beliau. Katenye dalam bahasa yang tak dapat dikenalpasti,
Just submit a short essay, your perspectives and thoughts on a wide range based on the title/photo given.
Judging criteria are based on inventiveness, creativity and where appropriate, humor!
Tak perlu translation kan. Sebab anda semua pandai dah. Hadiah menarik RM100, anda boleh mintak topap lagi seribu lebih dari parents masing-masing untuk beli iPad2.
Ini gambar nya.
Disebabkan short esei, sila lah mengarang tak lebih dari 300 words. Contoh karangan boleh dicopy paste seperti dibawah.
****
Bermula sedari zaman Parameswara lagi, pengangkutan air telah dimartabatkan penggunaannya sebagai pengangkutan terpenting tika itu. Catatan sejarah membuktikan kekangan teknologi automotif sewaktu Parameswara mula sampai ke Melaka. Namun hari ini, pengangkutan air masih lagi digunakan, terutamanya oleh warga tua yang gemar menggunakan feri berbanding kenderaan pacuan empat roda.
Namun sejauh mana pengangkutan air membantu negara? Ini terbukti dengan penguasaan industri pelancongan di Kukup yang sangatlah menjana ekonomi negara. Bahkan catatan audit negara menunjukkan statistik pelawat negara jiran yang berenang dari seberang ke pengkalan jeti internasional Kukup meningkat dengan drastik berikutan kekurangan bilangan feri penumpang.
Rakyat tempatan khususnya gusar dengan kebanjiran warga asing, dan menjalankan rondaan di sekitar tebing. Setiap pasangan warga emas dikehendaki berkawal di tebing sungai berhampiran jeti. Usaha gigih selama hampir setahun membuahkan hasil apabila kurangnya bilangan warga asing yang tiba di jeti tanpa pasport.
Akhirulkalam, pengangkutan air sangatlah penting bagi menjana ekonomi negara.
*****
Ok siapa copy paste dan hantar esei ini berkemungkinan akan ditolak hidup-hidup dari join contest. I know you can do better than that. So bring it on guys. Aku nak join tapi tak berani.End!
hey bro ni ke krgn kau..jgn submit kt cni nnti ada org cedok idea,,just submit dkt mailbox yg abg eq sediakn dkt entri contest tu..btw, aku ada je letak link contets tu dkt entri aku..ce tgk betol2..
ReplyDeletetakde r.ni bkn karangan aku.ni contoh karangan yang bakal fail je..haha
ReplyDeleteabg eq singgah sini, ye betul2! kalau nak join jangan submit sini. ada form abg eq sediakan untuk elakkan org cedok idea nnt...ok
ReplyDeleteTQ buat entry ni tuan...hehe
akk rasa..entry ni akan terpilih kot. Kot jelah. heh3
ReplyDeleteabg eq: hish,ni karangan main2 je la.kalo ade orang cilok memang epic lah.ahaha..
ReplyDeletekak niza:entri ni bakal dipilih ek?gila perli kan..em,join la..leh buat duit beli ipad2
weh best la krangan ko ni..try la..xsalah menerai.
ReplyDeletehaha..best la sangat.
ReplyDeleteaku nak try.tengok r.kne submit kat email brader tu,bukan buat entri.ni hanye promote untuk brader eq je..