header nuff

Peribahasa

"pisang sekarang memang berbentuk seakan-akan terung kuning"

Suka Mencarut Juga

Proud Of You


Tuesday, February 28, 2012

Perihal Kak Rosmah Dikecam

Bertemu kembali.

Hari ini anda akan dihidangkan dengan cerita idola saya, Puan Rosmah. Saya tak tahu kenapa saya adore sangat wanita ini.

Tapi, ada segelintir malaysian yang tak suka dengan beliau. Eh silap pula, segelintir sahaja yang suka beliau. Ramai pula sering mencemuh dan mencari salah beliau. Jahat sangat kah Rosmah ni? Tak baik tau uols kutuk-kutuk.

Beliau yang menggelar diri beliau First Lady of Malaysia, atau lebih tepat, First Shopping Lady of Malaysia, baru-baru ini dikurniakan darjah kebesaran PhD dari Universiti Langsir dari Australia. Kau hado?

Ramai yang mencemuh, namun walaupun aku pun tidak nampak kerasionalan penganugerahan ini, tapi tak perlu lah kutuk. Mungkin universiti beri kita peluang untuk perform dengan usaha sendiri. Buat apa mahu butthurt dengan kak ros. Biar lah mereka mencemuh ye kak ros. Kite toksah BFF dengan diorang ok.


Google punya google, aku jumpa gambar beliau yang cun. Bukan gambar cincin berkarat-karat, bukan gambar rambut sebesar lori, tapi gambar beliau tengah mengaji.

Lihatlah dunia.


Kau mampu mengaji sampai mukasurat belakang dalam satu malam macam kak ros? Lihatlah beliau mampu ok! Ok lah mungkin anda semua mampu. Tapi kalau aku sumpah la berhari-hari nak sampai ke muka surat belakang itu.

Walaupun terjulur rambut serabai beliau tatkala kekurangan skill pakai tudung, sekali aku google jumpa gambar adobe yang paling cun nak habaq korang.



Ini yang kita patut doakan. Supaya beliau dapat hidayah. Kadang-kadang beri nasihat dalam bentuk cacian, makian, bukan akan diterima baik orang yang dikeji. Understand or not?

Ye lah, cuba puji gambar beliau bertudung, mungkin satu hari nanti kak ros akan bertutup litup. Nanti mengundang kesentapan bagi orang-orang yang mengutuk.

So bawak bertendang ye semua. Semoga doa ini membawa kebaikan. Sayang kak ros. Semoga kak ros juga sayang kita.

End.

Sunday, February 26, 2012

Alhamdulillah Rezeki Bulan Ni

Apa yang kecoh sangat ni? Ce cite ce cite.

Ni nak cerita la ni. Hari ni mahu cerita pasal tuah. Bukan Proton Tuah itu, tapi pasal tuah rezeki la. You know tuah rezeki?

Ala tuah rezeki tu contohnye dapat mengeluarkan tahi setelah sembelit dua hari. Is it? Ok contoh itu macam salah saja. Abaikan lah. Contoh rezeki pulak macam cash out nuffnang first time setelah 10 tahun blogging.

Mana blogger yang kalut sangat cash out rm50 tu? Bak sini pipi aku bagi penampar sedas dua.

Ok dilarang melencong. Fik fokus fik. Kau nak cerita apa ni?

Gini ceritanya.

Pagi tadi tak mahu pun bukak Sinar Harian. Tapi the story is so irresistible.
Orang Asli menang hadiah Mercedes Benz E200 CGI.

Orang asli? Menang mercedes? What tha fur? Orang asli menang? Mercedes? Orang asli? Mercedes? Petai? Sumpit? Cawat? dafuq? Offensive!

Ulang dialog diatas sehingga anda sudah bosan.

Ok aku bukan racist pasal kaum pribumi atau kaum primitif. Tapi ini kebanyakan orang punya respond. Celaka lah bagi orang-orang yang jealous.
 
 Anyway, mahu tengok cemane ghupe nye kegheta itu?



Nah. Sila sentap uols. Pengedar dadah pun tak tentu drive ni lagi.

Paling kelakar, aku tunjuk kat member aku news ni.

First ayat dia is, "tau ke bawak tu?"

Celaka. Racist. Dah tentu lah mak cik ini respond begini.



Apa pun, mari melihat ini sebagai tanda kebesaran Allah.

Bayangkan bagaimana seorang yang tak seberapa jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini, boleh menang bukan kancil second hand, bukan Nissan Grand Vagina, bukan juga proton lancer celup. Tapi Mercedes Benz you ols.

Allah maha adil. Kalau dia tak adil sudah tentu mercedes ini dapat kat orang hensem macam aku, atau orang kaya macam aku, dan bukan kat seorang yang asli. Seorang yang asli? I can say that right? Is that legal?

Aku seronok sebenarnya, dan terharu sebab dengan keadilan Allah ini, hadiah tu tak dapat kat orang kaya untuk terus jadi lebih kaya raya.

Anyway, esok akan diteruskan wawancara eksklusif saya bersama Puan Seri Mercedes Benz atau nama aslinya Sapiah Aping. Kemut-kemut bibir aku mahu sebut nama beliau.

Rezeki aku pula?

Bulan ni aku rasa rezeki aku belum masyuk lagi. Scholarship juga lambat amat mahu masuk. JPA suka tau bagi alasan biadab. Mencik! Tapi syukur sahaja lah sebab kau mampu ada scholarship yang bagi nafkah lambat?

End.

Saturday, February 25, 2012

Fikiran Kotor

Salam racist,

Saban hari peminat bertanya, Encik Donut, kemana kau menghilang. Kadang ada yang kolot tu YM aku tanya kenapa tak update. Yang kaki twitter pula banyak tanya kat twitter pasaipa tak update-update. Bontot buasir lagi kah? Bangang.

Bloggers semua tanya kat dalam hati kenapa aku tak update. Wah bajet artis blogger sungguh. Aku bukan artis blogger macam budak ini.

Malah Rosmah dan Perdana Menteri serta Barack Obama juga ada PM aku dekat fesbuk tanya kenapa tak update. Eh apa ni menganjing Rosmah pagi-pagi buta.

So demi keamanan negara, aku ambil keputusan update blog hari ini.

Kenapa payah sangat update belog lately? Kalau tanya brain surgeon mesti diorang kata aku ada tumor dalam otak. Kalau tanya farmasis, mesti dorang kata aku high sebab dadah.

Tapi aku rasa sebab lately memang tak ada benda nak carutkan disini. Dan akhir-akhir ini aku malas untuk berfikir. Macam seorang mahasiswa ptuihh bak kata panglima-panglima melayu Larisan Rasional.

Fikiran aku sekarang tak menjerumus kepada benda berfaedah atau benda ilmiah. Lantas neuron tak berfungsi merefleks jari-jari halus aku untuk rajin update blog. Halus ke?



Perfect combination kan. Kotor sungguh. Shit and Dirty thoughts makes you a ditch pig.

Aku rasa betul kalau banyak fikir kotor-kotor najis-najis ni, memang otak akan slow. So pesan kat kawan-kawan gay yang mengintai anda waktu mandi dekat hostel tu supaya stop lah amalan jahilliah itu. Dah la gay, mengintai orang pulak tu. Haha.

Adik-adik jangan belajar tengok porno ye. Tak baik. Tuhan marah. Nanti exam tak skor. Nak update blog pun kematu otak nak fikir. Haha.

Repeat after me guys. DonutPisang Is Not A Porn Site. Say no to pornography and shit.

End.


Wednesday, February 22, 2012

Zizan Nin Terpegang Tetet Fauziah Nawi

Ok perangai dah jadi balik. Miss me?

Terima kasih atas sumbangan modem YES yang dipinjamkan roomate, boleh lah saya access e-learning UTM dan website perpustakaan hari-hari. Bagus tak?

Ok ini shit, sebenarnya online harus la untuk benda tak berfaedah. Misalnya hari ini, bukak saja facebook, ada orang post video pasal Zizan Nin.

Mahu tak bergelojak lah nafsu saya nak klik. Tapi i back off, sebab nak tengok video, streaming YES ni sangat laju, dan laju juga lah data saya akan disedut. So my second thoughts, baik back off saja.

Kelakar pun ada, kesian pun ada. Kesian kat fauziah nawi, kesian kat zizan nin. Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan kat blog ni. Hah kecik-kecik mak suruh jadi doktor, bukan pelakon. Haha.


Anyway, would it better if you post something good? Kalau nak post video Kim Kardashian sex tape leak atau Paris Hilton playing lesbo in bed, sila lah setting only you can view. Tak perlu lah nak menambah dosa pelaku dosa ittew.

Sekian tazkirah hari ini.

End.

Thursday, February 16, 2012

“BEST PHOTO CONTEST” by AkinAmar

Contest was brought to you by Lomo Camera. Ok ini memang macam tak mahu menang kan.

Penganjur seorang budimanwati bernama Akin Amar. Budimanwati? Is it even legit? Ok anyway, kalau sesiapa nak join, boleh terus klik kat sini, bukan di bahagian muka Akin Amar diheader yang aku paste ini.




Thanks to budak ESZYAMIN yang mengetek aku di blog beliau mengenai contest ini. Beliau amat berharap supaya saya akan menang la gamaknya tu.

Aku terjah jugak la nak tengok berapa kerat dah join contest ni. Sekali mak aih biadabs belaka. Dah seratus lebih participant la kot. Anyhow harus lah aku puji-pujian kat Akin Amar ini untuk terus ditangga pertama.

Syarat penyertaan mudah sahaja nak habaq kat korang. Hampa semua juga tak perlu bayar pendahuluan seperti yuran Universiti ataupun downpayment kereta.

Seriously senang dan hadiah pun menarik. Ini hadiahnye. Melets kate budak ni.


Ofkos lah this is for moi. You all 5 yang lain bakal dapat topap sorang sepulohringget sorang. Ok la untuk korang kan. Haha.
 THE REVIEW


Without further delay, nak bagi sedikit review la pasal blog Akin Amar ni. Blog ni bagus sangat sebab very welcoming. Bukak je blog, terus nampak muke beliau menjual kat situ. Pelaris katenye.

Statement header pulak same dengan prinsip hidup aku. "Hidup ini bukan satu dongeng". Mane cik Akin tahu prinsip hidup saye? Same la, nampak tak aku ada peluang cerah untuk menang disini? Chemistry katenye.

Lagi satu, tenang je sebab tak pasang lagu bukan-bukan. Takde la menyusahkan aku cari mute button, sebab aku dekat library ni. Elok sangat tu cik Akin.

Yang lain, no komen lah sebab memang perempuan akan letak muke jejants korea, lepas tu background girly segala kan. Ok lah, menunjukkan beliau bukan kelelakian. Wah. Bongok la aku ni. Ofkos lah kan, kate bertutup litup disana, celah mana nak kelelakian ittew?

Cuma kalau boleh letak lah archive entry bak kata bos aku ni. Senang kami nak spam dan menerjah, tak gitu eszyamin?

THE CONTEST ENTRY

Berbalik ke pangkal contest, kekdahnye perlulak contestant menempek gambar yang menunjukkan keceriaan beserta slogan. So i hearby presents mine. Let's take a look.


Can i get flag for this?

"Saya rasa gambar saya best kerana..... Kawan saya tetap gembira menanam saya dalam keadaan saya adalah seorang piramid berbuah dada. KAU HADO? NAN HADO KAN?"

Sebab itu saya rasa gambar saya epic win. Yang penting bukan pakaian adobe itu ye, tapi keceriaan ittew.

Walaupun aku rasa penyertaan ni bakal dapat flag dari tuan contest, saya nak tag 3 orang lagi untuk join contest ini. Akin jangan flag saye ye. Please. Hehe.





Sekali lagi. Klik sini untuk join. Annoying tak? Kfain.

End.

Wednesday, February 15, 2012

Wordlessness Image Wednesday

I don't know what the heck is that. Anyway, I address this image to whom that may concern.

If you can't feed them, feed yourself. Starvation diet is bullshit. You never know how many people in Africa, Somalia, or Lorong Haji Taib live with it without them wanting to.

End!

Monday, February 13, 2012

Gejala Pakai Tudung On-Off

Hey beaches, I'm back! Miss me?

Kerinduan aku terhadap pantai juga membuak. Sudah lama tak ke pantai. Last pergi pun kat Lagun Sunway sahaja.

Anyway, selamat kembali ke sekolah. Sebab minggu depan sudah mahu masuk semester baru, so perasaan mahu kembali ke sekolah semakin berkocak-kocak. Orang kelantan sila jangan horny dengar perkataan kocak.

So bercakap pasal pakai tudung on-off ni, aku rasa aku baru sahaja godam otak aku dan bertemu jawapan kenapa perempuan bertudung on-off.

So this is my humble opinion. Hah nak tiru ustaz Don Daniyal pula.



  

 

Yes, it all begins with the boys. Biasa lah, budak lelaki belum capai mumayyiz tatkala budak perempuan sudah mula alami perubahan fizikal. No its not boobs job lah I'm talking about. Its the natural physical changes.

So, aku rasa sebab perempuan serik pakai tudung sebab asyik kena tarik di sekolah. Pengawas pun kena buli woi. Hebat tak budak lelaki. Haha.
Balik sekolah pulak, kat rumah kena tarik rambut. Pakai tudung salah, tak pakai tudung pun salah. Kasihan perempuan kan. Ok fine, teori ini nampak mengarut sahaja. Kan aku kata my humble opinion.

Well, perempuan dicipta untuk dikasihi bukan dibuli. Walaupun budak lelaki memang agak nakal, tapi tak salah kalau budak perempuan nak tumbuk budak lelaki itu balik. Terajang sahaja dikawasan periuk api lelaki, nescaya kami tak akan datang dekat.

To the boys, why harsh. Don't you want to get laid? By laid, I mean married then laid.

End.

Sunday, February 12, 2012

Shit And Break

Assalamualaikum everyone,

Pada hari ini, saya ingin mengepos gambar sahaja. Seperti yang diwar-warkan dalam dunia blogging, hari rabu dipilih blogger yang tak mampu update blog sebagai hari bisu blogger. Anyway, i choose sunday as my shit mute day.




Having not-so-good night afterall. Im not feeling well. So you guys keep going ok. Seriously butthurt hari ini.


Pengarang sedang cirit birit. Sila concern ye.

Guess i need a break. Blogging is my daily job you know. So i might go AWOL. Doakan kesakitan ini cepat sembuh.

Yeah, who cares anyway.

End.

Thursday, February 9, 2012

This Is Why I Hate Idiots

Assalamualaikum.

Harini mau jadi melayu lah. Bosan la guna english. Vocab pun bukan banyak sangat. Lagipun nanti ada orang komplen kena bukak google translate. Haha.

Siapa pernah tengok video pasal budak KFC terajang apek cina tu angkat tangan laju-laju. Aku tak tahu cerita, but i had downloaded the video and enjoyed it myself. Bukan enjoy sangat, maksudnya i watched the video la. Nak kata customer always right pun tak boleh, honestly aku dah jadi customer for almost 20 years. Ok fine, 23 years.

Masa aku kerja dekat supermarket, macam-macam orang aku jumpa. Kalau kita sarung baju uniform pekerja, mesti orang ingat kita ni bangang dan tak berpelajaran, lantas kadang-kadang customer yang macam ni lah yang menyebabkan kaki pekerja naik ke perut mereka. Got it?

Oleh itu, jangan lah bangang sangat, mungkin pekerja pasaraya tu student law ke, student medic ke, mungkin lagi pandai dari kita-kita ni.

Seriously this is not racist issue, tapi individu tu lah sendiri kalau mulut macam gampang, memang layak makan kasut lah kan dari ayam KFC. Oops cabul pula hari ini. Anyway, pernah pergi drive thru tak? Tadi aku baru ada first experience 18SG dekat drive thru counter. Experience dengan seorang moron.

 
 

Ok disclaimer ye. Crackdonald bukan Mcdonald ye. Don't get me wrong, and don't make me get sued. The guy pun tak mencarut kat customer. Saja exegerate cerita.

Mungkin salah aku juga mengehorn orang bangang tadi. Tapi bukan salah aku. Beliau yang bangang masuk drive thru. Kalau aku tahu moron ni masuk drive thru, baik aku order dari dalam je. Lagi cepat kot.

Nasib pekerja tu tak pijak beliau.

Anyway customer is not always right.

End!

Wednesday, February 8, 2012

Hey You. Yes It's You!

So today i am going to start my line without cursing others.

If you had started to read, i am really appreciate if you can read until the very end of the line. Or better don't read at all muthafuckar. Ok tak lawak.

Some of you don't even know me, or barely know my name. Some don't even consider to read, i don't know why you following me. I don't know what the fuck do you want, but thank you so much. Semua orang blogging ada tujuan masing-masing kan. I admit, followers were my first intention. I mean, who doesn't kan. Tapi sekarang tidak lagi. Haha. Macam iklan pulak. It is way better if i know my followers. Ok ini taktik nak minta komen sebenarnya.

Anyway people say that the first month of your existence is the hardest. Like marriage la, the first year is the toughest. Unfortunately for me, I don't get the same feeling. In fact, thanks to you guys, the first few weeks ni lah yang paling menyeronokkan bagi aku. To know some of you. Yes the some-of-you-person yang aku tak mention ni mesti tahu siapa beliau.

Thank you for leaving good response, comments, blog walking here and there, turning the c box into chatroom, playing names and stuff, thank you so much. I don't know why do you come. Oprah Winfrey ramai peminat pun pasal dia selalu bagi Volkswagen. I will never give you volkswagen, I swear.

Last but not shit, if i meant to leave pretty soon, if i die young, please don't bury me in satin. Just pray for me ok. Ok bajet retis tak?

Cantik kan gambar ni? Beautifully perfect as you. I know Allah sent you for a reason. A good one. 

But congratulation for those who read until this line. You are the one that matters. You my friend, just make yourself outnumber hundred of the rest. Oh my God, I think im gonna cry. Yes i am pussy this way. This is just a boring blog you might say. But to me, in the end, the little imperfections are the one that make this perfect for me.

You made my day!
Thank you for crying.

Sincerely minta pelempang,
Mohd Fikhri

End.

Tuesday, February 7, 2012

Tidur Sebagai Kerjaya

Bismillahirahmanirahim.

Hai adik-adik, sekarang budak universiti kebanyakannya tengah cuti. Bagi budak sekolah yang hanya cuti sekejap tu, sila jealous. Paling best lepas masuk universiti ni, tak dapat pun ole-ole cuti sekolah macam zaman SPM dulu. Kalau dapat pun, deadline assignment tu akan delayed jugak.

Kalau dulu, semua jabatan nak bagi student kerja cuti sekolah. Tahniah Jabatan Matematik, Bahasa dan Sejarah. Tak pernah tak bagi tugasan. Apa kau ingat budak-budak tak ada life ke?

Ok enough with the crap, aku pun tak kisah kalau budak-budak ada kerja sekolah sekalipun. Padan muka. Siapa suruh tak masuk universiti.

Paling best cuti punya lah lama, seperti biasa student akan berpura-pura concern kepada pelajaran. Korang bawak balik buku tak kalau cuti?

Aku? Of course segala buku aku bawak balik. Konon belajar masa cuti. Dari magazine, sampai thesis semua aku bungkus. Dengan harapan cuti bermanfaat lah.

Kalau tak bawak balik satu kotak buku memang bukan aku. Orang kata kalau aku balik semester tu macam nak pindah rumah je, satu kereta penuh barang.

Lagi satu.

Before balik dah siap list down senarai kerja nak buat dirumah. Siap buat schedule bangun pagi pukul 5.30,tidur pukul 12 malam.



Tapi masa cuti, ini yang berlaku.


 
End up balik cuti, buku pun dalam kotak. Macam mana sampai kat rumah, macam tu jugak time nak bawak balik. Jadual harian yang bangun pukul 5.30 pagi tu pun pura-pura tak ingat letak kat mana.

Balik semester pula dengan azam baru. Berkobar-kobar nak pulun kan, macam itu lah semester terakhir kau. Tapi end up sama je macam semester lepas. Paling best, sama je macam tengah cuti.

Kesimpulannya, masa cuti memang aku tak pernah jadi student. Dari zaman SPM dulu pun kalau ada assignment, kami akan berjemaah meniru budak yang dah siap awal.

Aku perasan budak yang siap awal ini semua study medic. Yang puak meniru ni study engineering.

So this is how i trained myself to become engineering student.

End.

Monday, February 6, 2012

Allah Berikanlah Aku Kesakitan

Bismillahirahmanirahim. Baca lah sampai habis, atau jangan baca langsung. Takut korang salah faham kalau baca separuh-separuh.

Jom dengar cerita pasal bunuh diri nak tak? Perlu ke aku bagi definisi bunuh diri? Aku rasa tak perlu kot, nanti ramai pulak adik-adik yang frust bercinta dengan monyet disekolah bunuh diri lepas baca blog aku.

Ok tak perlu juga aku keluarkan statistik-statistik bagai pasal bunuh diri. Fokus pasal bunuh diri saja ye. Mungkin bunuh diri ni sebab dah bosan hidup. Kecewa mungkin, maybe they cant take it anymore. Had enough kata nya.

Tak kurang jugak ada yang minta untuk sakit? Ya Allah, bagi lah aku demam, nanti cikgu tak marah aku. Ya Allah bagi lah aku pengsan, nanti milah sebelah kelas perasan aku wujud. Ya Allah bagi la aku sakit, semoga bini aku jaga aku.

Ye lah kan, last time tidur sama-sama pun masa sebelum bini mengandung. Dah bersalin ni asyik berkepit dengan anak saja. Nak menetek dengan bini pun tak boleh.

Pagi tadi lepas aku bangun awal, kira-kira jam 2 petang la gamaknya, aku teringat dekat sorang student UTM ni. Not sure can call him friend or not, aku assume saja la kawan. Tapi dia tak assume kot macam tu. Sebab budak ni kawan kepada roomate aku.

So aku terjah blog beliau ni. Insaf juga lah macam mana kehidupan orang yang ditimpa kesakitan macam ni boleh ada life dari aku yang sihat walafiat ini.

Aku tengok dia macam seorang yang aktif. Kuat main bola. Hey faggots, bukan bola itu lah.
Bola padang dan futsal.

Aku baru tahu budak ni pernah Brain Surgery. Ada darah beku kat otak. Aku tah tahu sangat, tapi roomate aku cerita. Aku tak lah joyah sangat untuk tahu gosip-gosip orang. 

Contoh brain surgery yang kurang menyeramkan untuk viewer.



Tahu tak aku sangat bersyukur aku hanya ada sakit yang perlu check up setiap 6 bulan saja. Tak perlu operate-operate ni semua.

Dengar rawatan susulan lepas brain surgery pun boleh buat aku rasa nak pitam, tak mampu membayangkan macam mana aku kalau ada dalam kasut beliau. Kata orang putih kan, in your shoe bagai.

Haritu aku muntah-muntah pun dah rasa macam nak terkeluar jantung. Kemoterapi kan. Okfain bad joke. Aku rasa kalau aku boleh mengandung, mesti dah keluar dah anak tu melalui muntah aku. Tak sanggup weh, tabik lah kat perempuan.


Baru-baru ni pula, beliau baru jalani pembedahan jantung. Im not sure pasal apa, tapi jantung lemah lah. Tahu tak budak ni baik? Baik yang aku rasa kalau bagi demam saja pun dah kira memadai la. Ujian yang dia dapat terlalu besar untuk orang baik. Bagi aku lah. Tapi setiap ujian tu kan diberi atas kemampuan masing-masing.


Tahu tak betapa orang yang ada penyakit tu sanggup replace with anything untuk kembali sembuh? Dan tahu tak kau orang yang minta nak sakit-sakit bagai tu sangat lah berdosa besar. Ok tak tahu lah dosa besar ke tak, saja nak exegerate.

Tapi anyway, kalau sedih sangat pun tak perlu lah bunuh diri. Tak perlu lah minta untuk sakit sekadar nak tarik perhatian orang yang kite sayang.




Syukur saja, kesedihan pun rahmat. Allah tak turunkan kebaikan dan keburukan tanpa sebab. Awat bangang sangat tak boleh digest fakta ni hah? Accept lah, sesungguhnya kesedihan yang menyakitkan itu mungkin cara Allah menghapus dosa.

Ok stay healthy and stay happy.
Penulisan aku macam makin skema lah.
By the way ini blog kawan aku tu. Give support. And keep me anonymous. Ok.

End.

Kehilangan Cinta

Adik,

Mak kau pergi tak lama dulu. Kau pun nak join sama ke? Kau tahu tak aku risau kau lari rumah. Kau tahu tak dua hari aku tak selera makan. Kau tahu tak adik beradik yang lain pun tak lalu makan mencari kau?

Adik,

Aku minta maaf kalau aku tukar Discovery Channel kegemaran kau semata-mata aku nak tengok cerita Hannah Montana dan Thats so raven. Aku minta maaf kalau aku suka kacau kau tidur depan TV. Maafkan aku juga sebab suka rush semasa kau mengorat anak dara sebelah rumah. Kau tahu lah kan, itu maksiat. Lagipun kau bawah umur lagi.

Kalau kau marahkan aku sekalipun, balik lah ke rumah. Aku janji aku tak kacau kau dah. Aku nak kau tahu aku sayangkan kau sebagaimana adik-beradik kau yang lain. Kau aku tahu kau dah besar sekarang, kau juga abang long dikawasan ini, aku tahu aku dah malukan kau banyak kali didepan konco-konco kau setiap kali aku balik rumah. Aku minta maaf sebab hilangkan kemachoan kau dengan memanggil kau dengan nama yang ridiculous.

Adik,

Dah dua malam kita tak tidur sama-sama. Aku rindu kau kejut aku pagi-pagi masa subuh. Aku rindu tengok kau leka tengok channel kegemaran kau kat ASTRO. Aku rindu nak gesel-gesel dengan kau lagi. Maafkan kalau aku jarang bawak kau pergi Tutti Frutti mahupun 7-Eleven. Sebab kau paling jakun bila naik kereta. Aku ingat lagi orang kedai tu marah aku sebab kau buat kecoh.

Adik,

Kelahiran kau pun aku sambut. Tapi tanpa azan lah of course. Berpeluh-peluh aku kerisauan menyambut kau, maklum lah tak biasa sambut bayi. Kau tak tahu aku hepi sangat sambut kelahiran kau. Video pun aku ambil tahu tak. Jom lah balik, kita tengok sama-sama.
Tapi kalau kau degil jugak, aku ghedha dan pasghah saja lah.


Andai ini takdirnya kita berpisah, aku redha. Sesungguhnya pemergian mak kau, nenek kau, dan kakak kau pun tanpa ucapan selamat tinggal. Rest in peace my son.

In memories of Baron (nenek dek chani), Cacan (mak dek chani) dan Dek Chani (anak lelaki sulung aku).

 Dek Chani

End!


Saturday, February 4, 2012

Update Tanpa Cerita

Pernah tak terjah kat mana-mana blog syok sendiri yang banyak post entri pasal hal yang merepek? Well if your answer is yes, welcome to my club. Mak aih fik, jahatnya kamu.

Pelik jugak aku tengok certain orang yang obviously tak ada cerita, tapi nak update juga. Biasanya berlaku kepada blog hadek-hadek yang baru puberty dan some more tak tumbuh lagi pubic hair. Pelik.

Contoh nye kinda like this.

Tajuk : Tak tahu nak update apa

Body: 

Hai kawan-kawan. Harini ittew tak tau nak update apew. Jadi kite pikir demi you ols yang sibuk nak itew update jugak, so itew post lah beberapa keping gambaw untuk you ols ni.

Harini kitew ponteng kelas. Kitew camwhore dalam bilik sebab roomate takdew. Nak tengok tak?

Hihi. Segan lah. Ittew tak canteq. Ni gambaw nyew.








Hihi. Kan ittew dah kate itew tak canteq pun. Itew tengok ramai blogger perempuan tayang rambut warna karat, tengok kawan tunjuk lurah dendam kat dada, ittew nak tunjuq jugak. Uols komen lah nanti. Janggan lupew folow pulak ye.

Lagi satu, ittew tunjuk gambaw ittew tengah bersiap nak pegi kelas pulak. Pagi tadi cirit, sebab tu tak sempat ameq gambaw untuk you ols. Ini je yang ittew mampu.








Ittew engok ramai kawan blogger ittew post gambaw mulut mancung-mancung. Ittew tak la semancung diowang. Tah jugak semancung Halimah Jongang. Tapi ni je la yang ittew mampu. Mulut ala Donald Duck gitu. Harap uols sukew lah.








Bile ittew tengok kawan-kawan mulut itik, ittew pun bayangkan itik-itik macam seperti yang tertera diatas. Bahagiewnyew rasew. Ittew tengok ramai kawan perempuan ittew post macam niew.
Ittew nak bagi semue rase macam nak mengawan bilew tengok gambaw macam ni. Sebab tu ittew post gambaw macam ni selalu. Boleh check la gambaw macam ni kat post-post sebelum ni yew.

End shit!

Kepada perempuan yang suka post gambar-gambar geli geleman macam diatas, sila lah stop. Dan yes, aku memang perli. Harap ada yang terasa. Korang sendiri pun menyampah kan tengok post aku yang macam ni, so bayangkan lah orang lain baca blog kamu macam mana.

Kalau tak ada benda nak update, tak perluu kot post gambar dedah aurat, gambar menggiurkan untuk tatapan orang. Apakah kejadahan ini?

Tapi aku sedar blog aku tak mungkin lah disinggah adik-adik ni. Boleh lah carut dorang kat sini. Whoa.

Korang sedar la gambar korang biar la cantik sikit ditengok. Dah la ramai followers kan. Entah berape ramai orang tengok gambar tak senonoh korang tu. Oh, itu blog korang ek? Kubur masing-masing ek? Ok lah, part aku dah selesai. At least aku dah nasihat.

End.

Lelaki seperti aku

Ini kisah lama.

Memang tak ada lelaki se'hebat' aku, tapi yang lebih 'hebat' banyak. Ok sila bosan.

Alkisahnya cuti lepas aku balik rumah. Biasa lah budak lelaki, kalau bangun paling awal pun pukul 11, itu pun sebab perut yang kejutkan. Tapi satu hari aku bangun sebab orang sebelah.

Rumah aku rumah kampung, so senang lah nak hendap sebab rumah sebijik-sebijik kan. Kalau rumah teres tu bahaya juga lah nak skodeng-skodeng. Untung rumah aku tinted hitam pula tingkap sliding tu. Yeah.

Tengok-tengok encik bapak orang sebelah memekak kat luar pintu. Aku tak tahu kenapa dia tak bawak kunci. Yang bangang nya tu siap terajang pintu. Gaya terajang tu macam la kau duduk mansion besar kan, sampai anak bini kau kat dalam tu tak dengar.

Memang macam kau tengok cerita keeping up with the Kardashian lah. Bising shit.

Risau jugak lah aku takut-takut rumah roboh pula kan. Dekat 3 minit macam tu, pintu terbukak. Anak lelaki dia yang kecik bukak.

See, kan aku kata budak lelaki tak bangun awal tanpa sebab. Unless korang memang bukan species kelawar yang berjaga malam tido siang lah. Tapi anak dia baru 8 tahun macam tu lah. Takkan online malam-malam update blog pula kan.

Selesai terajang pintu, bapak tu terajang anak tu pula. Orang lelaki memang baran lah kot. Tapi aku tak sampai hati pula nak terajang anak aku kan. Eh, aku ada anak ke? Yang aku pelik mana wife dia.


Sapa yang bawak anak pergi klinik? Wife dia jugak. Ye lah, mak mana tak sayang anak kan. Entah-entah masa nak deliver baby pun wife dia yang drive sendiri kot.

Bapa sayang mak saja, sayang pun time nak main saja. Aku bet kalau wife dia bukak pintu tu alamatnya mungkin dah diheret ke bilik dah tu. Mungkin dah kena BDSM dek suami baran macam tu.

Memang tak ada lelaki sebaran aku, tapi yang lebih baran, banyak.

Disclaimer: Gambar cilok dari abang aku. Sesungguhnya bukan budak ini yang kena dera ye. Jangan lah call polis pula kalau nampak anak sedara aku ni. Gambar hiasan.

End!

Friday, February 3, 2012

Aduhai Lelaki Lembut

Setiap kali aku pergi pejabat kolej, aku terpaksa tengok muka kau. Kau lah kerani paling aku tak suka. Menyampah pun ada, kau tak tahu setiap kali cakap dengan kau, aku menyumpah-nyumpah kau. Tahu tak kawan-kawan aku bahankan aku kalau kena tegur dengan kau. Kau ni memalukan la. Dasar lelaki lembut.



Hari tu dah complete semester, kena serahkan kunci sebab bilik nak kena bungkus. Alih-alih muka kau juga sambut aku dekat pejabat kolej tu.

Alahai lelaki lembut. Kau tegur aku macam-macam. Bajet peramah lah tu. Kau tak tahu ke orang macam kau ni memang orang tak pernah suka. Buat apa nak belakon baik. Dah la lembut.

Aku layankan saja. Tapi aku tarik muka masam. Tak mahu kau tanya lebih-lebih.

Kau tak tahu, atau mungkin kau buat-buat tak tahu semua orang kutuk kau? Tapi tenang saja aku tengok muka kau. Tak makan saman dah kot. Dah lali lah katakan.

Kau tak tahu, semalam aku balik kolej senyap-senyap. Aku guna duplicate key sebab aku bijak. Tak payah jumpa kau, tak payah kutuk kau, yang penting tak payah bayar sewa bilik.

Bijak-bijak aku pun boleh kantoi. Kunci duplicate aku patah pulak dalam tombol pintu ni. Celaka betul. Esok terpaksa la jumpa kau, kerani lelaki lembut. Menyampah pulak rasanya.

So malam semalam aku terpaksa sendal pintu dengan dumbell je sebelum tidur. Bongok betul.

Bangun dari tidur dekat pukul 9 tadi, baru teringat kena pergi office kolej minta kunci dengan kau. Sampai office, memang muka kau jugak aku jumpa. Hilang mood aku pagi tadi.

Kau tanya aku dah breakfast ke belum. Aku jawab simple je, "hmm".
Kau gelak buat-buat, konon aku kisah lah tu. Tak pulak aku tanya kau balik, dah makan ke belum.

Laju-laju aku tanya, nak mintak kunci bilik, sebab nak sewa kolej cuti semester ni. Kau masuk stor terus, selang 30 saat kau keluar dengan muka manja kau. Kau kata kunci tak ada sebab pihak office kolej tengah buat ambush sebab ada student ceroboh masuk dan tak sewa bilik.

Hati aku dah gelisah. Dah la tak kunci bilik, surat kebenaran menginap waktu cuti pun tak ada. Kalau kantoi sumpah aku tamat pengajian disini saja.

Aku tanya blok mana yang kena ambush? Kau cakap blok 42 dan 43. Blok aku 42, so automatik lah darah aku mula mengalir deras. Jantung berdegup kencang sebab adrenalin dikeluarkan kelenjar pituitari melampaui had normal. Aku pun jadi gelabah.

Kau perasan muka gelabah aku. Kau dapat teka pulak aku curi-curi menginap. Aku terpaksa mengaku jugak lah kan. Aku takut kalau tipu lagi banyak masalah.

Tapi tak sangka pula kau cepat-cepat call orang yang ambush tu suruh diorang batalkan ambush blok aku. Pandai kau buat alasan.

Aku tak faham kenapa kau nak berlakon baik macam ni. Kenapa kau tolong aku? Tak nampak ke aku tak suka kau sangat. Aku geli. Tapi kalau kau nak tolong, bagus lah.

Kau kata kat aku, kau kesiankan orang macam aku. Nanti tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib. Bukan tak pernah jadi kes macam ni. Dah ramai rupanya kau tolong.

Kenapa setelah obviously kau dihina, kau dikutuk, dicemuh depan belakang, diherdik, kau still baik dengan orang? Dan kalau tak dengan pertolongan Allah melalui kau, aku mungkin dibuang universiti dah.

Kerani lelaki lembut, kadang-kadang aku tak perasan kau sekaum dengan aku. Mungkin aku tak tahu sejarah hidup kau, tak pulak aku nak tahu pasal hal peribadi kau.

Tapi mungkin kau dijadikan sebegini untuk mempunyai lebih rasa perikemanusiaan. Mungkin kalau pakcik office atau brader dispatch yang jaga kaunter pagi tadi, mungkin mereka lebih suka aku didenda dari lepaskan aku dari masalah.

Ya Allah, jauhi lah aku dari sifat mazmumah yang suka mencela orang. Sesungguhnya orang yang aku cela tu obviously lebih baik dari aku.

Alahai lelaki lembut. Sesungguhnya perangai kau langsung tak macam budak belakon cerita sutun tu. Entah kenapa syaitan suruh aku kutuk kau jugak.

Maafkan aku Sufian, eh lagi tepat abang Sufian. Maafkan aku sebab panggil kau dengan nama kurang sopan dibelakang kau.

Why hate when we can love. They are human just like you. With feelings. If you find something wrong about others, reflect that to yourself. Maybe you are worst than that.

Aku prejudis, mungkin sebab aku pernah rasa apa yang kau alami.

End!

Adakah Ini Proton Konsep Klon Lamborghini Reventon?

Ok folks. Forget about the old ARTIGA and stuff. Proton telah melancarkan kereta konsep sport yang pertama seumpamanya, yang juga merupakan kerjasama dengan pengeluar automotif terkemuka dunia, Lamborghini.


 




Paling mengejutkan, pihak Proton meramalkan harga kereta konsep sport pertama mereka ini bakal kurang dari RM150,000. Jadi anda semua tidak perlu lagi mencari kereta recond dari Jepun atau Eropah untuk show off dihari lebaran nanti. Cool.

Proton yang terkenal dengan semangat rebranding kereta Mitsubishi, akhirnya mengorak langkah drastik apabila berjaya klon Reventon pula.

Semangat ini lah yang rakyat Malaysia mahukan, supaya Malaysia dipenuhi dengan kereta tempatan yang serupa dengan kereta luar negara. Kami memang berbangga dengan keupayaan Proton, dan juga Perodua, yang terkenal dalam menghasilkan produk celup yang kurang kualiti, tetapi murah, berbanding produk pengeluar yang asal.

Sepertimana Proton Inspira 1.8 yang didatangi dengan dashboard yang sangat awful finishingnya, Proton konsep ini bakal menyamai nasib yang sama.

Rakyat Malaysia sangat menantikan kereta buatan tempatan yang berkualiti setanding harga kenderaan yang dijual. Kami sesungguhnya tak kisah langsung harga kereta malaysia yang dijual di luar negara  lebih murah amat berbanding apa yang kami dapat di Malaysia.

Kami percaya kami ada imuniti seumur hidup dengan waranti power window yang Proton berikan.

Kami doakan semoga Proton akan ciplak lagi banyak kereta berkualiti, dengan harapan semoga masa yang kamu tak bazirkan untuk design kereta, boleh lah kamu gunakan untuk menambah baikkan produk yang diciplak, bukan membuat penyelidikan untuk menurunkan kualitinya.

Ok tipu je. Takkan lah Proton nak ciplak Lamborghini. Mati 5 kali pun tak tentu boleh bayar saman lagi.

I Love Proton. Kan bagus kalau proton klon Porsche, Lambo, Ferrari. Lepas tu jual dengan harga kereta lelong.

End!

Jom Join Blogger Contest - Menangi iPad2

Bagi yang gatal tangan berkudis sebab rajin sangat tapi tak tahu nak update apa dekat blog, boleh lah join contest yang agak lumayan ni. Bukan senang nak menang, tapi so far baru ada 2 contestant yang berani sahut cabaran. Anda bile lagi?

Sebab kering idea nak update hari ni, so aku saje lah nak promote contest blogger yang aku lame dah follow ni.


Syarat kelayakan, syarat sah, syarat wajib semua ada kat situ.

Pertandingan esei ini terbuka dekat follower beliau. Katenye dalam bahasa yang tak dapat dikenalpasti,

Just submit a short essay, your perspectives and thoughts on a wide range based on the title/photo given.
Judging criteria are based on inventiveness, creativity and where appropriate, humor!

Tak perlu translation kan. Sebab anda semua pandai dah. Hadiah menarik RM100, anda boleh mintak topap lagi seribu lebih dari parents masing-masing untuk beli iPad2.
Ini gambar nya.
 

 


 
Disebabkan short esei, sila lah mengarang tak lebih dari 300 words. Contoh karangan boleh dicopy paste seperti dibawah.
****


Bermula sedari zaman Parameswara lagi, pengangkutan air telah dimartabatkan penggunaannya sebagai pengangkutan terpenting tika itu. Catatan sejarah membuktikan kekangan teknologi automotif sewaktu Parameswara mula sampai ke Melaka. Namun hari ini, pengangkutan air masih lagi digunakan, terutamanya oleh warga tua yang gemar menggunakan feri berbanding kenderaan pacuan empat roda.

Namun sejauh mana pengangkutan air membantu negara? Ini terbukti dengan penguasaan industri pelancongan di Kukup yang sangatlah menjana ekonomi negara. Bahkan catatan audit negara menunjukkan statistik pelawat negara jiran yang berenang dari seberang ke pengkalan jeti internasional Kukup meningkat dengan drastik berikutan kekurangan bilangan feri penumpang.

Rakyat tempatan khususnya gusar dengan kebanjiran warga asing, dan menjalankan rondaan di sekitar tebing. Setiap pasangan warga emas dikehendaki berkawal di tebing sungai berhampiran jeti. Usaha gigih selama hampir setahun membuahkan hasil apabila kurangnya bilangan warga asing yang tiba di jeti tanpa pasport.

Akhirulkalam, pengangkutan air sangatlah penting bagi menjana ekonomi negara.
 

*****
Ok siapa copy paste dan hantar esei ini berkemungkinan akan ditolak hidup-hidup dari join contest. I know you can do better than that. So bring it on guys. Aku nak join tapi tak berani.
 
End!



Thursday, February 2, 2012

Awas Lelaki. K-pop Penyebab Gay Menular.

Siapa minat K-Pop? Siapa pula ada masalah dengan K-Pop ni?
Hah entri ini macam mau laga kan puak penyokong dan penentang saje. Macam nak tengok Team Edward dan Team Jacob saling berbunuhan.

Ok sebelum korang menghentam aku, nak disclaimer dulu lah. Bukan mahu cari gaduh ye.

Entri ini khas untuk Nasehah Syamin sebab dah lama tak nampak beliau komen. Rindu rasanya.

Hmm, aku sebenarnya minat saja dengan lagu-lagu K-Pop. Tipu lah kalau tak pernah lipsing lagu Nobody, atau lagu Tonight-BigBang atau seumpamanya. Cuma aku minat lagu, bukan lah minat orang nya.
Kenapa tak minat? Sebab tengok gaya pun macam kurang berkenan lah. Dan aku rasa mungkin segelintir kecil terpengaruh dengan dakyah mereka. Paling bahaya kaum lelaki.

Ini imaginasi aku kalau perempuan minat sangat pakwe-pakwe korea diorang ni.



Menari memang cool. Been there once. Sekadar suka-suki ok lah. Nak impress girls? Kemon, you can do better than that kan.

Tak kurang jugak ada perempuan yang minat orang yang berwajah korean je.

Kasihan kan lah kami yang berwajah melayu ini. Kemon lah, siapa lagi kami mahu setubuhi secara halal kalau semua pakat boikot lelaki buatan tempatan weh. Boleh memupuk budaya Elton John kalau macam ni.

Bukankah saranan kerajaan mahu kita support barangan 1Malaysia? Tunggu lah masa lelaki jadi barang borong dalam Kedai Rakyat 1Malaysia. Haha



Yes diorang handsome. Tapi kebanyakan nampak macam bapuk, macam gay pun ada. Takut lah kalau perempuan minat sangat nanti tak boleh differentiate between real man and gay man.

Kahwin nanti tak berlagu lah weh kalau dua-dua kuar hormon estrogen.

Paling menakutkan kalau lah ada lelaki pun nak sibuk-sibuk nak mengidolakan mamat-mamat korea tak sunat ni sebagai role model.
Honestly bagi aku, they look nothing less gay than Elton John. Don't you think?

End!

Tips Bercuti

Orang sibuk buat final year project, kau sibuk nak buat tips bercuti kan.
Shit.
I dont know about you guys, tapi aku suka melancong. Paling jauh aku pergi dalam semenanjung 1Malaysia ni adalah kedah saja. Perlis pun belum sampai lagi.

Setiap kali pergi bercuti, paling tak kurang confirm ada lah benda yang epic fail akan jadi. Plan lah hebat pung pang macam mana pun, kalau buat destinasi bajet confirm ada masalah. Ini pengalaman aku lah.

Paling bagi pengajaran time ke Pulau Pangkor. Tahu kah kamu, Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan sewa kereta, MPV, basikal dan motorsikal yang ada possibility anytime untuk shut down engine.

Aku sewa motor model comel. Aku tak tahu lah tang mana kecomelan kau. Tapi perangai kau yang mampus tepi jalan tu memang perangai babi. Patut lah nama comel, comel macam babi saja.



Setelah kami puas memujuk dengan cara sopan, tak mau jugak hidup-hidup, so tindakan drastik diambil.

Puas hati dapat belasah, pijak, terajang, seret kat jalan sampai calar-calar si comel ni. Tak lupa jugak, memecahkan speedometer dan lampu signal. Padan muka kau comel tahi. Aku assume langsai lah tugas kau yang bernilai sewaan RM40. Tak dapat naik, dapat belasah kau pun ok.

So tips pertama, jangan sewa motor malaysia. Comel tidak di-install anti user breakdown dan anti user smackdown.

Yang ini time melancong ke Singapore. Ingatlah wahai kawan-kawan muslim sekalian. Mereka basuh berak memang tak pakai air. Di tandas memang tak ada pili air. Harap je negara cantik, bangunan superb. Tapi takde pili basuh berak.



Tak bersih katanya pegang jubur bertahi. Harus lap pakai tisu sahaja. Kalau kena kat tangan pandai-pandai lah lap dibaju sehingga hilang bau, warna dan rasa.

So tips melancong kedua, masuk toilet jangan lupa bawak botol air mineral 500ml. Kecil dan senang nak tunggang untuk basuh berak. Seriously.

Lagi satu, pergi singapore cukup lah naik train saje. Sekali kena saman SGD70, darab 2.41, kiranya korang nak jelaskan saman pun satu masalah nanti. Silap-silap pergi tak balik-balik dah.

Yang ni time jalan-jalan ke South Korea. Paling best sebab AirAsia belanja tiket pergi, so bayar tiket balik sahaja. Anak emas AirAsia kan.



Kalau nak pergi ke overseas yang bukan negara Asean, take note. Plan perjalanan jangan sampai terkena musim hujan. Mungkin hujan itu rahmat yang ikut kami dari malaysia kot. Ye lah, takkan hujan turun sebab rahmat K-Pop pula.



Tips ketiga, jangan lupa bawa baju hujan, payung, dan panadol. Panadol atau ubat yang sesuai lah untuk defend demam. Kalau demam alamatnya duduk dalam bilik je lah nanti. Jangan bawa botox pulak.

Kat sana harga semua ni sangat shit mahal. Lagipun cool pakai payung sebenarnya.

Kalau mahu ke negara Eropah pula, jangan lupa bawak baju sejuk.
Yang paling penting, jaga mata, jaga kemaluan, sebab orang sana tak reti tutup aurat sangat.


Suka aku gambar last ni. Comel mini cooper tu. Ghairah menengoknye.
Kesian. Eh, sekian.

End!

nuff

chup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busukans