Salam informatif.
Aku harap ramai yang membaca ini adalah rata-rata dalam kalangan ibu bapa, pemegang scholar dan juga hadek-hadek yang mahu apply scholarship. Namun pihak Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, dilarang keras untuk membaca artikel ini, kerana dikhuatiri perlian saya akan mem-butthurt-kan pihak tuan puan.
Perangai aku setiap awal sem adalah menyebarkan berita gembira palsu kepada penerima biasiswa JPA di UTM. Ini memang hobi aku setiap awal semester, tatkala ramai yang craving and dying kerana tak cukup duit. Lantas aku mengambil kesempatan ini untuk bagi sinar harapan palsu kepada mereka. Shit kan perangai.
"ALERT JPA UTM SCHOLARS. DUIT DAH MASUK. HARAP MAKLUM"
Kalau aku pop up status ni dekat facebook mesti ramai komen dan like. Kesian pun ada, tapi seronok. Kah-kah-kah.
Antara yang reply adalah begini;
"Alhamdulillah, boleh upgrade motor"
"Lega tak payah makan pasir cicah maggi"
"Betol ke Fik?"
"Yes, JPA buat kerja"
"Untung la UTM masuk awal, kami di UiXX tak masuk lagi"
dan macam-macam lagi lah. Seronok guling-guling aku baca nye.
Sat lagi aku up status dukacita, semua panas je.
"THIS IS NOT A FRAUD MESSAGE. JPA SEBENARNYA TAK MASUK LAGI HARAP BUTTHURT"
Maka ramai juga yang like. Aku tahu korang nak saja gantung aku jadi punchbag dekat gym tu kan. Tapi korang zahirkan melalui kata-kata keji kat JPA. Aku tahu korang baik, mane mungkin korang tak tuju kat aku. Kah-kah-kah.
"ko telefon je JPA tu suruh diorang jangan masuk duit"
"khinzir"
"dengar cerita masuk minggu depan"
"ah xpayah masuk lagi bagus"
"pundek JPA"
Aku seriously tidak tahu apa itu pundek. Anyone can help?
Anyway, semangat asabiah diorang ni siap ada yang nak gaduh lagi dekat status tu. Terpaksa aku delete saja.
Lihat lah macam mana duit mampu merubah manusia 360 darjah. Melebihi takat didih alkohol tahu tak. Eh memang la takat didih alkohol rendah saja.
Sejujurnya aku rasa ada patut JPA lambatkan kemasukan duit. Sebab boleh lah aku minta duit dengan parents, kakak, abang, sepupu, sepapat, cucu cicit, nenek moyang, jiran tetangga, bloggers, mahupun mengemis dipejabat pensyarah.
Kalau JPA bagi duit awal sangat, seriously tak rasa thrill hidup susah. Korang yang dah kerja sila jealous dengan kehidupan pelajar. Anyway masuk awal ke, lewat ke, duit habis juga by mid semester. Haha.
Apa pun, dapat duit nanti, aku punya plan, hanya mahu spent duit itu sebaik-baiknya. Aku tak perlu lah nak tukar phone Blackberry Curve 3G yang aku idam-idam sangat tu. Cliche sangat.
Tak perlu jugak mahu beli kamera gantung cap Nikon D5100 yang menggiurkan siap ada flip display lcd yang besar bapak tu kan. Buang duit saja.
Duit itu aku dah simpan untuk kahwin. Jangan risau ye. Memang aku dah lama plan mahu kahwin dengan ini chikaro. Ye lah kan, orang kata baik kahwin dari main test drive test drive saja anak orang kan. Harus la ada ikatan sah. Tapi sebab mahal sangat downpayment nya, lambat lah saya dapat izin bakal bapa mertua.
7 Semester woo kumpul duit, ada lah dalam RM50k setakat ni. Boleh la kahwin dengan baby kesayangan.
Nanti scholarship FAMA (FatherMother) akan sponsor lah selebihnya. Oh sabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua. Kita akan disatukan dengan ikatan pernikahan oh kasih.
Pergh terkarok pulak lagu nasyid. Tak sabar nak bersatu dengan kamu cik Kia Sportage.
End.