Picking nose atau lebih dikenali sebagai korek hidung, merupakan satu tindakan atau budaya yang mulia sejajar dengan pembangunan pesat dalam era globalisasi ke arah pembersihan segenap lubang hidung.
Yang demikian merupakan definisi yang aku faham pasal korek hidung.
Tapi
Most of the lads, girls, lady, perempuan, wanita, kakak-kakak, atau ladyboy, grandma, orang yang korek hidung bermaksud seseorang yang melakukan perkara yang melanggar tabi'e dan penjijik yang harus disumpah seranah serta direjam berkali-kali dengan buah pala lalu dihantar terus ke neraka jahanam melalui khidmat penghantaran FedEx.
Selalu aku menyorok untuk korek hidung di rumah kalau kakak aku ada. Pantang beliau tengok aku korek hidung. Kalau kantoi, kena cubit. Sakit tahu tak?
Aku tak faham kenapa kau orang semua, especially perempuan, selalu kata aku lah pengotor kalau aku korek hidung. Ok i know picking nose in public is gross, but do I look like I care? Bagi aku, kau yang suka simpan tahi hidung tu lagi pengotor.
Aku akui aku memang gemar korek hidung. Bangun pagi, lepas mandi, lepas solat, sebelum berwudhu, masa driving, waktu malam, masa chat Facebook. Salah?
Lain lah kalau aku korek hidung lepas tu calit kat baju kau. Itu jijik. Tapi aku hanya menggumpal tahi hidung tersebut sejurus selepas keluar dari rongga hidung aku, lalu menggentel tahi tersebut lantas menjentiknya ke seluruh cakerawala.
Kenapa sounds angry ni?
Sebab gambar ini. Lawa je. Tetap anggun dan elegan, and she did it too.
Kawan aku pernah up status facebook beliau. And yes she is a girl. "Keguguran selepas melihat pakcik sebelah kereta mengorek hidung waktu lampu isyarat merah. Pakcik tak ada kerja lain ke selain korek hidung? Euuuu"
Ok First, kau over. Mengandung ke? Second, kau memang tak pernah korek hidung ke? Aku suspek kau mesti sedut tahi hidung tu masuk ke dalam tekak ko kan.
Besides, macam mana nak fokus driving kalau tahi hidung penuh? Agree?
Ok siap satu entry. Wa chalo dulu. Saje je buat kontroversi. Biasanya aku korek hidung waktu berdua-duaan sahaja. Macam dibilik, dalam kereta, dan waktu study group. Wah. Kalau kat kenduri tu aku tak berani lagi lah.
End.