Assalamualaikum.
Apa kejadahan aku nak up story bulan syawal sedangkan puasa ganti pun tak habis lagi? Eh, maksud aku, puasa ganti kau orang la wahai perempuan-perempuan sekalian.
Statistik menunjukkan perempuan lagi ramai lagho dengan blog ini. Wahaha. Sila ganti cepat-cepat ye. Aku saja mahu menganjing supaya kau orang semua ingat nak ganti awal-awal puasa tu.
*******
Dipendekkan cerita, aku mula berkecimpung dalam program mengutip duit raya dari rumah ke rumah sejak darjah 5. Memang agak lewat berbanding kau orang semua. Sebab itu dalam ASB aku baru ada beberapa riban sahaja.
Manusia sama seperti sampul duit raya, luaran tak penting, yang penting isi didalamnya.
Biasanya 10 rumah pertama adalah rumah rakan taulan. Tujuan asal adalah untuk mengalas perut. Tahu kenapa? Sebab waktu beraya nanti dah kenyang, so tak perlu masuk dan makan. Cuma mengutip sampul duit raya sahaja. Genius tak?
Singgah satu rumah besar ni, kami agak kagum dan mula menyimpan angan-angan untuk dapat check mungkin. Ya lah, rumah besar,kereta dekat rumah kau pulak macam dekat mall dah. Berduyun-duyun bersusun depan rumah, mesti lah banyak duit.
Bayangkan rumah sebesar ini. Maafkan puan itu sebab tak menutup auratnya. Tak larat aku nak photoshop buang kau.
Biasanya aku yang jadi mangsa menekan loceng lah sebab aku paling tinggi. Can you believe that? Bayangkanlah betapa renek-renek kawan-kawan aku waktu itu.
Tuan rumah keluar dengan kebaya nyonya jarang dan nampak lah ketiak beliau yang berwarna jingga itu. Bulu ketiak? Dah cukur.
"Adik-adik nak makan ke nak duit raya?"
"Kami dah kenyang, nak duit je lah"
Expectation kami adalah seorang akan dapat satu sampul duit raya beserta duit merah sekeping.
Sebab rumah kecil di sebelah bagi kami RM2. Ketika itu duit RM2 adalah yang paling famous.
Masih ingat lagi betapa kami berdemo sesama kami membantah Bank Negara Malaysia kerana mengeluarkan wang kertas RM1. Hadoi menjejaskan pendapatan sungguh!!
Ce teka berapa duit raya yang orang tu bagi?
Ya betul. Dueposen saja seorang. Itu pun sebab kami berlima, dia bagi sekeping wang seringgit buat kongsi ramai-ramai.
Nasib baik duit minyak dah cover sebab kami memang jalan kaki sahaja.
Tahu tak budak-budak juga mata duitan? Dan sebenarnya budak-budak yang dapat duit raya secara tak langsung mendoakan anda yang bagi duit raya kepada mereka?
"Ee baiknya pakcik tu bagi RM2. Next year serbu lagi lah sebab pakcik tu kaya".
Nampak tak budak-budak doakan kau kaya? Sedekah itu sebenarnya memberi pulangan. Kalau nak aku explain satu-satu memang tak habis. Better kau orang baca buku ini.
Motif ade magazine motortrader?
Jangan lah rasa terbeban kalau budak-budak datang rumah. Sedekah kan benda yang elok. Kau orang pun bukan rajin pergi surau ke masjid kan. Sesekali beramal apa salahnya. Aku pelik kenapa ada sesetengah orang tak suka bagi duit raya kat budak-budak.
Kau tengok budak-budak happy, kau tak happy ke?
Kau tengok budak-budak happy, kau tak happy ke?
Dan doakan lah aku berkesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ini dalam keadaan sebagai seorang pemberi duit raya kepada budak-budak ini. Azam aku tahun ini kalau dapat kerja sebelum raya, aku akan bagi budak-budak duit raya.
Excited nak sambut first raya sebagai pembayar zakat diri sendiri dan pemberi duit raya kat budak-budak. Dan tak lama lagi sebagai pembayar zakat kepada bakal isteri dan anak-anak Inshaallah.
P/S: Dah besar rupanya aku ni. Sila sedar diri yang umur kau tu dah layak jadi bapa budak.
P/S: Dah besar rupanya aku ni. Sila sedar diri yang umur kau tu dah layak jadi bapa budak.
End.
demm..aku hampir lupa kalau sempat raya tahun ni aku bukan lagi pelajar...ciss!!..kirenye,kalau aku pon dah kerja walaupon kat bazar ramadhan tahun ni dah kene bagi duit raya la ke adik2 ye?..amboi terasa tua tahu?....salah satu ciri umor dah meningkat---->bila dah jd pemberi duit raya
ReplyDeletekan..terasa tua sangat.lately ni budak2 dah start cium tangan aku.muka aku mcm pakcik-pakcik ke?
DeleteOh tidak aku dah kena bagi tapi tiada duit simpanan lg. Erm bg rm2 pon ckop la ye kan dek. Akak gaji pon tidak sebesar mana. Hehehe
ReplyDeletekalau adik-adik nak tahu, akak meen ni bagi saye duit raye banyak ngat for the past few years..datang la ke gumahnye di gopeng.mak die pun masak sedap.hihi
Deleteagak-agak ada tak budak-budak yg masih belajar kt universiti tmpatan antara calon untuk kau bagi duit raya? sebab rasanya 3 kali raya lagi ada sorang budak ni still betapa menuntut pelajaran..sadiss sungguh hidup budak ittewww...
ReplyDeleteah kau,nak duit cakap je la..sile-sile datang umah saye raye nnti.kalau dah bergaji memang la ade duit untuk kau.kalo dah kerja nanti sila bayar balik pampasan..hihi
Deletetiap tahun aku target yg aku xkan dpt duit raya bila melawat rumah rumah
ReplyDeletekawan mak nenek aku semua.tp,tiap tiap thn juga aku dpt. -.-
sampai adik aku yg umur 17 tu ckp "ngah,pasni kau xpyh ikut ok.kau da tua dpt duit
aku yg budak ni xdpt " haha.mcm nak pitam aku gelak.dan biasanya,mak aku kalau budak2 kecik dtg rumah,dia tanya mcm tu la "nak duit ke nak raya" dgn jujur budak tu ckp nak duit.aku bg singgit je.xpyh lebih.haha.aku ingat,tahun ni aku dpt bg duit raya.dpt hulur2.tp..since aku jobless lg.mungkin thn ni bkn rezeki aku.hmm. *sebak lak.
btw aku da ganti puasa ohkey.last year lg.hewhew
haha..same la..budak2 datang umah aku mmg tanye nk duit ke nk beraya..sbb aku paham dorang bnyk rumah lg nk serbu..haha..raye kjap je kn..peluang nk kumpul duit ASB.haha
Deleterajin ko ganti awal2..
lupe nak tambah.tiap2 tahun mesti pakcik2 sedara tanya "skolah lagi kan.form berapa?".hewhewhew..itu lah pnca aku still dapat duit raya..
ReplyDeletepadan la..ko tipu ek..kalo aku tengok ko sah-sah la aku tanye anak dah berapa..haha
DeleteDah habis dah bayar utang posa. Akk dah 11 tahun bagi duit raya kt budak2, seronok sbnrnya tau. Lagi2 time nak raya, berbaris ni kat bank nak tukar duit raya...dpt lak duit baru. pahtu syg plak nak bagi ke budak...haha. sengett.
ReplyDeletecis rajin pulak akak ganti awal2..tak leh nk troll akak sbb tak ganti penuh lg..haha
Deleteakak bg je duit raya yang lame2..sedap kn bau duit baru..
dah besar ye ko fik, tak tahan entry dtujukan kepada pakcik2 n makcik2 ke or kepada bakal2 ayah? hahaha
ReplyDeleteaku tuju kt bakal pengantin..hehe...
Deletewah. bagusnya kau. aku diantara calon yang masih lagi berpeluang dapat duit raya kau nih.
ReplyDeletememang la sbb ko kn lmbt lg nk abeh blaja..tapi muke cam dah layak hulur duit je.haa
Deletesampai sekarang aku still dpt duit raya,tubuh fizikal aku yg kecil lebih memudahkan untuk mendapat duit raya lagi walaupun umur dah 21 thn,haha
ReplyDeleteko kn robot..asal dpt duit lak???haha
Deletearrrgggghhhhhh.........sudahlah korang sume pon bajet muka cute, tubuh kecil sume sampai sume org ingt korg bebudak dan dpt duit raya...aku ni yg muda tp disebabkan nmpak macam abah orang, trpaksa terima hakikat yg ak x dpt wet ry lg dah..
ReplyDeletemeh2 datang umah aku ye nnti..aku bg duit raye untuk 5 tahun kbelakangan ni..jgn risau..haha
Deletedont judge a duit raya by tuan rumah punya rumah. hahaha!
ReplyDeletehah yang tu pon aku belajar dari kecil..umah je besar..duit hapak..dpt ribena je..haha
Delete"Kau tengok budak-budak happy, kau tak happy ke?"aku yg masih budak-2,ofcourse lah happy..aku nak serbu rumah hang dululah camtue..taknak kuih raya tau..haha
ReplyDeletengek la..haha..
Deletepenat2 aku tunjuk segala kuih2 tu kt jalan TAR.kau nk duit raya je?
fik,aku nak bb tu fik.
ReplyDeletesedekah dapat pahala fik~~~~
ak bg buku tu je la..baru ko paham erti sedekah..wahaha..
Deletelgpon bb tu lagho je..kang ko 24jam dok ngn bb tu..
aku masih dpt lagi duit raya..walaupn da 25..
ReplyDeletekadang2 malu gak nk ambik..
tapi org dah bg..tak ambik kang, orang tu pulak malu..
kah3..
bagus prinsip ko..same la.kadang2 lagi besar lg bnyk duit raye..amek je la dah rezeki kn..
Deletenak balik ke zaman lama lettew...hahaha
ReplyDeletekan..kalo la boleh..tapi aku suke lg skang..bole bg duit raye plak..
Delete